Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Intitusi Raja, Agong Pancaran...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata institusi Raja...

2 Lelaki Ditahan Susulan...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki tempatan ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes...

3 Kedai, Sebuah Rumah...

BUTTERWORTH - Tiga kedai sederet, sebuah rumah dan sebuah lori tiga tan hangus...

AMK Minta Tetapkan Tarikh...

SHAH ALAM - Sekretariat Pakatan Harapan (PH) disaran agar memastikan Mesyuarat Majlis Presiden...

LTTE: Mahkamah Tolak Permohonan Ikat Jamin ADUN Gadek

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membuang permohonan ikat jamin oleh Exco Melaka, G Saminathan yang berdepan 2 tuduhan berkaitan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Pesuruhjaya Kehakiman, Ahmad Shahrir Mohad Salleh berkata kerajaan mengelaskan LTTE sebagai kumpulan pengganas.

“Menteri dalam negeri belum mengeluarkan LTTE daripada warta,” katanya.

Pada 20 Januari, Saminathan, diwakili peguam Harshaan Zamani, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki barangan berkaitan LTTE dan memberikan sokongan kepada kumpulan militan itu.

ADUN Gadek itu dituduh menyokong kumpulan militan itu pada satu acara di Dewan Kasturi Air Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights, Melaka pada 28 November 2018.

Beliau juga didakwa memiliki barangan berkaitan kumpulan itu dalam telefon bimbitnya di pejabat exco perpaduan, sumber manusia dan hal ehwal pengguna, di pejabat ketua menteri, di Kompleks Seri Negeri, Melaka pada 10 Oktober 2019. – FMT

Kategori