• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Akhir Audit 1MDB Tak Dicetak Sehingga Dapat ‘Lampu Hijau’

oleh
13/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah audit di Jabatan Audit Negara (JAN) memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa beliau dimaklumkan supaya tidak mencetak laporan audit akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga mendapat arahan dan persetujuan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, 65, berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa ketika beliau menyerahkan draf laporan audit itu yang telah dikemaskini kepada bekas ketua setiausaha negara itu di pejabatnya pada 29 Februari 2016.

“Seingat saya, Tan Sri Ali Hamsa memberitahu saya ‘don’t print the report until his greenlight’. Beliau menyatakan ia akan menyebabkan impak dari segi politik kepada negara.

“Saya kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Tan Sri Ambrin Buang (bekas ketua audit negara) dan beliau ambil maklum mengenai perkara tersebut,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rozaliana Zakaria.

Saadatul Nafisah yang telah bersara pada 16 Mei 2016 memberi keterangan pada hari ketujuh perbicaraan kes Najib dan Arul Kanda Kandasamy berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB.

Terdahulu, saksi pendakwaan ketujuh itu berkata, beliau menyerahkan draf laporan audit akhir tersebut kepada bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh di rumah beliau di Presint 10, Putrajaya pada 20 Februari 2016, atas permintaannya (Shukry).

Saadatul Nafisah berkata, beliau sendiri telah ke rumah Shukry dan menyerahkan dokumen itu kepada beliau di pintu pagar rumahnya.

Jelas Saadatul Nafisah yang mula berkhidmat di JAN pada 2 Februari 1979, mengikut prosedur pengauditan jabatan itu, sebelum pencetakan draf laporan audit akhir dilakukan pihak JAN akan menghantar satu salinan draf itu yang hendak dicetak kepada audit, pemegang taruh dan kepada menteri yang bertanggungjawab untuk penyemakan terakhir serta pengesahan.

“Jika terdapat pembetulan atau hendak melakukan penambahan atau pengguguran, ianya boleh dilaksanakan dengan memberi bukti dan sokongan yang sahih. Selain itu, mengikut Standard Operating Procedure (SOP) JAN, satu salinan draf audit kepada menteri yang bertanggungjawab dan dalam hal ini ialah Menteri Kewangan iaitu Najib.

“Dalam hal ini juga, saya bersetuju untuk menyerahkan draf itu kepada Tan Sri Shukry atas arahan Tan Sri Ambrin kerana saya beranggapan beliau hendak membaca dan membentangkan kepada Datuk Seri Najib selaku Menteri Kewangan pada masa itu,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung hari ini.

Tags: 1MDBlaporan auditNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd