• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkah Bank Negara Kurangkan OPR Kejutkan Pasaran

oleh
23/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75% – kadar yang tidak pernah ditetapkan sejak 11 Mac 2011 – mengejutkan pasaran, berbeza daripada jangkaan ramai sekurang-kurangnya OPR dikekalkan pada kadar semasa oleh mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pertama tahun ini.

Ramai ahli ekonomi dan penganalisis sebaliknya menjangkakan pengurangan itu akan diputuskan pada Mac dengan berpandangan BNM akan menunggu pengesahan daripada data ekonomi awal 2020 sebelum memutuskan kadar faedah utama.

Pakar Ekonomi JP Morgan, Nur Raisah Rasid berkata seperti juga penurunan OPR pada 7 Mei tahun lepas, tindakan dasar hari ini tidak dijangkakan memandangkan sebelum ini beberapa bentuk isyarat diberikan oleh bank pusat terlebih dahulu.

Justeru, keputusan dasar BNM semalam langkah awal untuk memastikan trajektori pertumbuhan di tengah-tengah kestabilan harga.

Menurut bank pusat masih wujud risiko pertumbuhan ekonomi menjadi rendah, termasuk daripada faktor-faktor dalam negara antaranya kelemahan dalam sektor berkaitan komoditi dan kelewatan pelaksanaan projek.

BNM berkata bagaimanapun bagi 2020, pertumbuhan dijangkakan bertambah baik secara beransur-ansur, dengan sokongan perbelanjaan isi rumah dan sektor luaran.

Nur Raisah berkata mengikut pandangan mereka, pertumbuhan dijangkakan perlahan kepada 4.1% tahun ini daripada jangkaan 4.4% yang dibuat tahun lepas memandangkan pertumbuhan penggunaan swasta, yang menjadi pemacu utama pertumbuhan sejak 2018, berkurangan dengan ketiadaan pemindahan fiskal kepada isi rumah.

“Oleh itu, kami menjangkakan BNM kekal bertahan sepanjang 2020 susulan langkah pengurangan kadar dasar awal hari ini dengan cenderung kepada kadar yang stabil dan lebih rendah bagi jangka sederhana,” katanya dalam nota kepada Bernama.

Dalam konteks itu, beliau berkata, tindakan dasar selanjutnya mungkin akan bergantung kepada data.

Senada dengannya, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat BNM amat menyedari perkembangan luaran dan akan bergantung kepada data seperti perdagangan, sentimen perniagaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar untuk menentukan tindakan seterusnya.

“Buat masa ini, kami menjangkakan bank pusat akan mengekalkan OPR semasa sepanjang tahun ini tertakluk kepada prospek ekonomi yang semakin berkembang di seluruh dunia.

“Bagaimanapun, jika data menunjukkan lebih buruk, maka BNM mungkin mengurangkan lagi kadar itu,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran FXTM, Han Tan berkata dalam mengikuti trend itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, BNM dilihat selesa dengan strategi “lakukan sekali dan kemudian tidak lagi” apabila melaraskan OPR.

“Selagi risiko luaran kekal suram, kadar faedah penanda aras Malaysia dijangka terus dikekalkan pada kadar 2.75% sepanjang 2020,” katanya.

Mengenai ringgit, Tan menekankan unit tempatan masih dijangkakan terus kukuh, seiring dengan kebanyakan mata wang serantau, berbanding dolar AS, memandangkan ekonomi Asia berada di peringkat pemulihan disokong oleh situasi ekonomi global yang bertambah baik sepanjang tahun ini.

“Paras sokongan jangka pendek bagi ringgit berbanding dolar AS boleh dilihat sekitar 4.05, dengan sokongan lebih kukuh untuk mencecah paras psikologi 4.00,” katanya.

Tags: Bank Negara Malaysiakadar dasar semalaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azizulhasni Ranking Pertama Keirin Dunia

Next Post

Awas Penyamun Menyamar Kontraktor TNB

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

05/08/2022
0

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.2 bilion pada 29 Julai 2022, meningkat berbanding AS$107 bilion yang...

Next Post

Awas Penyamun Menyamar Kontraktor TNB

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd