• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koronavirus: Menteri Tak Setuju Masjid Putra Ditutup

oleh
28/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi tidak bersetuju terhadap penutupan lokasi tumpuan termasuk Masjid Putra daripada dikunjungi pelancong.

Tegasnya, kesemua pelancong yang tiba di Malaysia adalah sihat.

“Ia tindakan salah. Bagaimana kamu boleh cakap ia untuk pencegahan (penyebaran koronavirus) sedangkan mereka sihat,” katanya.

Ahad lalu, Masjid Putra mengambil langkah menutup lawatan bagi pengunjung bukan Islam susulan kebimbangan penyebaran koronavirus.

Masjid itu hanya dibuka kepada Muslim untuk menunaikan solat.

Menurutnya, kementerian akan menghantar surat kepada pengusaha pelancongan untuk menerangkan situasi semasa koronavirus.

“Tolong jangan halang pelancong untuk melawat tempat yang perlu dan diingini mereka,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas dan taklimat bersama kementeriannya dan Kementerian Kesihatan Malaysia, di pejabatnya, hari ini.

Menyentuh mengenai langkah kerajaan menggantung visa kepada pelancong wilayah Hubei dan kawasan terjejas wabak itu di China, Mohamaddin berkata, tindakan berkenaan tidak menjejaskan sasaran ditetapkan kementerian sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. 

“Kita masih kekalkan sasaran 30 juta pelancong dan RM100 bilion pendapatan dapat dicapai.

“Kita ada pelancong dari Australia, England dan seluruh dunia,” katanya.

Menurutnya, Malaysia mempunyai pengalaman yang cukup dalam mengendalikan wabak.

“Saya masih lagi bersemangat tinggi, agenda nasional akan diteruskan,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan langkah penggantungan kemudahan imigresen kepada penduduk Hubei dan bandar Wuhan serta sekitarnya.

Kemudahan imigresen berkenaan termasuklah eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual. – Sinar Harian

Tags: koronavirusmasjid putraMohamaddin Ketapipelancong china
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bakar Tahfiz, Seorang Diarah Bela Diri, Seorang Bebas

Next Post

MOA Arah Pemeriksaan Produk Makanan Dari China

Related Posts

Waris 2 Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

Waris 2 Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

10/01/2025
0

GEORGETOWN: Waris dua pelancong China yang maut dalam insiden pokok tumbang di sini September lalu, menuntut ganti rugi kira-kira RM1.7...

Kerajaan Perlu Halang Pelancong China, Jaga Kebajikan Petugas Kesihatan

Kerajaan Perlu Halang Pelancong China, Jaga Kebajikan Petugas Kesihatan

07/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan mewakili petugas dan pengamal perubatan mahu kerajaan menghalang kemasukan pelancong dari China ke negara ini untuk memberi...

Next Post

MOA Arah Pemeriksaan Produk Makanan Dari China

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd