• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klip Audio Didedah SPRM Bukti Najib Tak Tahu Dana SRC

oleh
10/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, satu daripada 9 rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam akan membuktikan beliau tidak menipu kerana tidak tahu dana SRC International dimasukkan ke akaunnya.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau beberapa kali memberitahu mahkamah yang beliau tidak pernah melihat penyata akaunnya sepanjang tempoh dana itu dimasukkan ke akaunnya.

Beliau berkata, akaunnya diuruskan bekas ketua pegawai eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas setiausaha sulitnya, arwah Azlin Alias yang digantikan Shukry Salleh.

Katanya, rakaman perbualan anatara bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dan Shukry membuktikan beliau tidak tahu butiran penyata akaunnya.

Dalam klip audio itu, Shukry meminta Dzulkifli memberikan “set penuh dana” yang dipindahkan ke akaunnya, tetapi Dzulkifli berkata, beliau tidak mempunyai dokumen itu kerana ia berada di tangan SPRM.

Najib berkata, beliau mengarahkan Shukry mendapatkan butiran lengkap dana yang dipindahkan ke akaunnya.

“Di dalam perbicaraan kes SRC, mahkamah telah diberitahu oleh pihak bank bahawa bank tersebut diarahkan secara spesifik oleh orang lain untuk tidak menghantar penyata akaun ke pejabat atau kediaman saya sepanjang tempoh itu.

“Saya juga telah memberitahu mahkamah bahawa saya tidak pernah melihat atau memperincikan penyata akaun saya atau mengetahui tentang dana yang masuk ke akaun saya kerana masa itu saya telah menerima pengesahan melalui surat bahawa sumbangan dana yang besar telah diberi oleh raja Arab Saudi untuk tempoh beberapa tahun.

“Maka, rakaman audio 2016 yang didedahkan SPRM semalam sekali lagi membuktikan saya tidak berbohong. Sebenarnya, SPRM nak tolong atau nak cuba menghina saya?” tulisnya di Facebook hari ini.

Semalam, SPRM mendedahkan 9 rakaman audio dikatakan antara Najib dan isterinya, Rosmah Mansor, Dzulkifli dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan yang membincangkan urusan berkaitan 1MDB serta SRC International.

SPRM berkata, individu lain yang terbabit dalam perbualan itu ialah bekas peguam negara, Abdul Gani Patail dan Mohamed Apandi Ali, Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Rahim, bekas pengarah SRC International, Suboh Md Yassin, Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman dan bekas pengarah kewangan Ihsan Perdana, Abdul Aziz Ismail, Nik Faisal serta Shukry.

Selain putera mahkota UAE, warga asing lain yang terbabit ialah Presiden UAE, Khalifa bin Zayed Al Nahyan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Development Company dari Abu Dhabi, Khaldoon Al-Mubarak.

SPRM berkata, klip audio itu dirakamkan dari 5 Januari hingga 29 Julai 2016 yang menunjukkan seolah-olah wujud konspirasi untuk memanipulasi maklumat. – FMT

Tags: 1MDBNajib Tun RazakSPRMSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd