• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Video Seks Gay Tidak Ditutup – KPN

oleh
14/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memberi jaminan kes video seks sejenis membabitkan seorang menteri dan bekas pemimpin Pemuda PKR tidak akan ditutup, walaupun Peguam Negara, Tommy Thomas memutuskan tidak membuat pendakwaan ke atas mana-mana pihak.

Abdul Hamid berkata, kes berkenaan tidak akan ditutup sehingga pihaknya mempunyai bukti baru yang boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.

“Resolusi rakaman berkenaan tidak cukup jelas. Kes ini tidak ditutup sehinggalah kita boleh dapatkan bukti baru berkaitan perkara ini.

“Kita tidak bermain politik. Kita ikut aturan yang sudah lama ditetapkan, itu normal. Jadi, jangan terus buat kesimpulan,” katanya di Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis membabitkan menteri dan bekas pemimpin Pemuda PKR itu.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pihaknya gagal mengenal pasti individu terbabit dalam klip video yang tersebar pada Jun tahun lalu, walaupun selepas menyemak keterangan yang dikumpul oleh polis dan timbalan pendakwa raya.

Pada 12 Jun tahun lalu, bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz mengaku beliau adalah salah seorang lelaki dalam video seks sejenis yang tular sebelum itu.

Beliau turut menamakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali sebagai pasangannya.

Thomas berkata, jabatannya bekerjasama dengan polis sejak 13 Jun 2019 dengan meneliti kertas siasatan, mengadakan perbincangan untuk menyemak keterangan saksi serta memberi beberapa arahan kepada polis melakukan siasatan lanjut.

Jelas Abdul Hamid, pihak polis telah berhubung dengan 2 firma tempatan untuk melakukan analisis ke atas video berkenaan, namun mereka mempunyai jawapan sama dengan analisis diberikan firma luar negara.

“Saya faham kesukaran dialami peguam negara untuk memfailkan pertuduhan dalam kes ini kerana tidak cukup bukti mengenai identiti dan kejelasan video,” katanya. – FMT

Tags: Abdul Hamid BadorHaziq AzizMohamed Azmin Alivideo seks sejenis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Akan Berpaling Tadah Terhadap Tun Mahathir – Abdul Hamid Bador

Saya Tidak Akan Berpaling Tadah Terhadap Tun Mahathir – Abdul Hamid Bador

19/10/2022
0

Gerakan Tanah Air (GTA) mahu mencalonkan Tan Sri Abdul Hamid Bador bertanding di Parlimen Rembau bukan sesuatu yang memeranjatkan. Ikuti...

Azmin Gagal Batal Saman 10 Pengundi Gombak

30/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal membatalkan saman yang difailkan 10...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd