• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Meningkat, 387 Pelajar Selangor Dijangkiti Influenza A

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jumlah pelajar dijangkiti Influenza A di negeri ini terus menunjukkan peningkatan daripada 245 pelajar semalam kepada 387 pelajar pada hari ini.

Pengarah Pendidikan Selangor, Dr. Mahanom Mat Sam berkata, sebanyak 142 penambahan jumlah pelajar dijangkiti virus itu sehingga jam 9 pagi tadi.

Menurutnya, jumlah sekolah terlibat turut menunjukkan peningkatan kepada 149 sekolah pada hari ini berbanding 105 sekolah semalam.

“Klang mencatatkan daerah tertinggi di negeri ini membabitkan 127 pelajar di 42 sekolah dengan diikuti Petaling Perdana dengan 97 kes dari 38 sekolah.

“Sepang mencatatkan 53 kes melibatkan 12 sekolah, Petaling Utama kekal 23 kes dari 10 sekolah dan Gombak 28 kes dari 16 sekolah.

“Selain itu, Kuala Langat 17 kes dari lapan sekolah, Hulu Selangor melibatkan 16 kes dari lima sekolah, manakala Hulu Langat mencatat 10 kes dari 8 sekolah dan Sabak Bernam tujuh kes dari tiga sekolah,” katanya dalam kenyataannya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau memberitahu, sehingga kini, tiada kelas atau sekolah ditutup.

“Kesemua kes yang dilaporkan telah menerima rawatan di klinik dan hospital berhampiran serta dilaporkan stabil.

“Mereka diberi cuti rehat dan dinasihatkan untuk dikuarantin di rumah dalam tempoh tiga hingga tujuh hari.

“Pesakit yang menerima rawatan di wad dan dipantau di hospital juga ada yang telah dibenarkan pulang,” katanya.

Mahanom memberitahu, sehingga kini, sebanyak 15 sekolah telah dijalankan mitigasi dan penyahkuman secara keseluruhannya.

“Proses ini diteruskan kepada 10 sekolah yang terlibat,” katanya. – Sinar Harian

Tags: influenza Apelajar sekolahsekolah selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd