• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Mewah Untuk Menteri, Tunggu Keputusan Kabinet

oleh
01/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAYAN LEPAS – “Tunggu keputusan Kabinet,” itu reaksi ringkas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika ditanya mengenai pemberian kontrak kenderaan melibatkan 32 unit Toyota Vellfire dan 3,000 Honda Accord untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

Menurutnya, semua kelulusan bergantung kepada keputusan Kabinet.

“Kita berpandukan kepada keputusan Kabinet,” katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini pagi tadi.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kabinet telah berbincang kaedah terbaik yang dapat memberikan penjimatan kepada kerajaan.

“Antara yang dibincangkan ialah pemberian elaun kenderaan atau menyediakan kereta rasmi.

“Perkara ini nanti akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Semalam sebuah portal mendedahkan mengenai kontrak kenderaan yang bakal ditawarkan kepada beberapa pembida selepas kontrak 25 tahun oleh Spanco tamat hujung tahun ini.

Difahamkan kerajaan juga bercadang menggantikan 1,300 unit kenderaan penguatkuasaan dalam tempoh lima tahun akan datang dan juga 8,000 unit Proton Persona dan Saga untuk kegunaan jabatan kerajaan.

Kontrak baharu selama hanya 15 tahun membabitkan 12,500 unit kenderaan dengan jumlah RM300 juta setahun, bermula selepas tahun kelima.

Syarikat yang akan membida untuk kontrak tersebut ialah Spanco, Kumpulan Naza, Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto. – Sinar Harian

Tags: kenderaan rasmiKerajaan Pakatan Harapankereta mewahLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd