Wednesday, September 18, 2024

Creating liberating content

‘Saya Tabik Keputusan Mat...

GEORGETOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau menghormati keputusan bekas Timbalan...

Barisan Kabinet Baharu Boleh...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata...

Orlando Bloom Nafi Gosip...

PELAKON kacak Orlando Bloom menepis dakwaan mengatakan dia kini sedang bercinta dengan model...

Lebih Ramai Anggota Polis...

KUALA LUMPUR - Langkah mentransformasi pasukan polis melalui inisiatif Kepolisan Moden menjurus kepada...

Kerajaan Sekat Sementara Kemasukan Pelawat Wuhan, Hubei

PUTRAJAYA – Kerajaan menggantung sementara kemudahan imigresen termasuk tanpa visa kepada warga China dari Bandar Wuhan, wilayah Hubei dan sekitar yang terjejas akibat koronavirus.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya hari ini berkata, keputusan berkuasa kuasa serta-merta itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan koronavirus.

“Kemudahan imigresen berkenaan termasuklah eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual,” katanya.

Pejabat itu berkata, kemudahan imigresen tersebut akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal.

“Wisma Putra akan menyelaras pelaksanaan keputusan ini bersama pihak kerajaan China,” katanya.


Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat tidak sah atau palsu yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.

“Sejak timbulnya kes jangkitan koronavirus di negara China minggu lalu, kerajaan telah mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mendapat nasihat pakar-pakar untuk menghadapi serta membendung jangkitan ini daripada merebak dengan meluas.

“Pemantauan telah dibuat dari semasa ke semasa,” katanya. – Sinar Harian

Kategori