• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sekat Sementara Kemasukan Pelawat Wuhan, Hubei

oleh
27/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan menggantung sementara kemudahan imigresen termasuk tanpa visa kepada warga China dari Bandar Wuhan, wilayah Hubei dan sekitar yang terjejas akibat koronavirus.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya hari ini berkata, keputusan berkuasa kuasa serta-merta itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan koronavirus.

“Kemudahan imigresen berkenaan termasuklah eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual,” katanya.

Pejabat itu berkata, kemudahan imigresen tersebut akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal.

“Wisma Putra akan menyelaras pelaksanaan keputusan ini bersama pihak kerajaan China,” katanya.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat tidak sah atau palsu yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.

“Sejak timbulnya kes jangkitan koronavirus di negara China minggu lalu, kerajaan telah mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mendapat nasihat pakar-pakar untuk menghadapi serta membendung jangkitan ini daripada merebak dengan meluas.

“Pemantauan telah dibuat dari semasa ke semasa,” katanya. – Sinar Harian

Tags: koronavirusVisa PelanconganWarga China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd