• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Ambil Alih 4 Lebuh Raya Diharap Pada Mac

oleh
21/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Empat pemegang konsesi lebuh raya utama di negara ini berharap keputusan berhubung pengambilalihan lebuh raya kendalian mereka dapat diketahui selewat-lewatnya pada Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (LITRAK) dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. (SPRINT), Sazally Saidi, berkata sehingga ini, belum ada kata putus dan perbincangan masih dilakukan dari semasa ke semasa.

“Perbincangan ketika ini membabitkan semua pemegang saham dan pihak kerajaan.

“Sehingga kini, tiada sebarang jawapan daripada kerajaan dan kita berharap segala hasil perbincangan itu dapat dimuktamadkan penghujung Mac ini,” katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, Sazally bersama Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Mohammed Shah Samin dan Pemangku Ketua Pegawai Operasi Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART), Mohd Noor Mohd Ali menyampaikan sumbangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada warga emas di Rumah Sejahtera, Jenjarom di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) mengemuka tawaran pengambilalihan kepentingan dalam empat pengendali lebuh raya utama itu membabitkan nilai RM6.2 bilion.

Empat lebuh raya terbabit ialah LITRAK pada nilai RM2.47 bilion; SPRINT (RM1.984 bilion); KESAS (RM1,377 bilion) dan SMART pada nilai RM369 juta.

Pengambilalihan empat lebuh raya itu akan menjadi perintis dalam usaha membantu meringankan beban rakyat menerusi pengurangan kadar tol pada waktu tertentu. – BH Online

Tags: lebuh rayaLitrakSprint
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd