• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan AGC Tak Dakwa Anwar Berdasarkan Penemuan Polis

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadap Muhammed Yusoff Rawther dibuat berdasarkan penemuan dan kesimpulan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata bagaimanapun pihaknya akan membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan Muhammed Yusoff yang juga bekas penyelidik PKR terhadap Presiden PKR itu jika ada bukti baharu.

Tegasnya, tiada sebarang perkara yang mencurigakan berhubung keputusan Jabatan Peguam Negara yang memutuskan tiada cukup bukti untuk mendakwa Anwar.

“Ia berlaku sudah lama kira-kira satu, dua tahun lalu. Anda tahu, ia sukar. Kita perlukan bukti fizikal. Itu sebabnya (Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada cukup bukti untuk mendakwa) berdasarkan penemuan dan kesimpulan kita.

“Keputusan yang dibuat Jabatan Peguam Negara adalah bersandarkan kepada penemuan hasil siasatan JSJ.

“Bercakap benar atau tidak itu persoalan lain. Tetapi apa bukti korelatif yang kita ada? Melainkan, kalau bukti baharu, barulah kita boleh buka semula kes berkenaan,” katanya pada sidang media Operasi Bersatu Khazanah di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Semalam Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faisah Engku Atek dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan kertas siasatan diterima daripada polis, pihaknya mendapati terdapat percanggahan fakta yang material untuk membuat pendakwaan. – BH Online

Tags: Abdul Hamid BadorAnwar Ibrahimjabatan peguam negarapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd