• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Di Kimanis Semakin Rancak, Pelbagai Isu Ditimbulkan

oleh
11/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIMANIS – Tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang memasuki fasa kedua hari ini, semakin rancak dengan kedua-dua calon bertanding memperhebatkan usaha untuk menambat hati pengundi melalui setiap peluang yang ada.

Selepas tujuh daripada 14 hari tempoh kempen PRK itu berlangsung semalam, kedua-dua parti bertanding, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Barisan Nasional (BN) semakin giat mengadakan ceramah dan perjumpaan bagi menyampaikan mesej kepada pengundi di samping menangkis serangan daripada pihak lawan.

Selain deretan bendera putih dan biru, kawasan sekitar Kimanis juga semakin sibuk dan meriah apabila kenderaan pacuan empat roda milik jentera kempen kedua-dua parti politik mula memasuki kawasan-kawasan yang disasarkan.

Kehangatan suasana kempen juga dirasai apabila kedua-dua parti saling berdebat berhubung dasar dan rekod prestasi masing-masing dengan isu seperti Pas Sementara Sabah (PSS) dan Lebuhraya Pan Borneo, di samping menyentuh aspek pembangunan negeri.

Bagi calon Warisan, Datuk Karim Bujang, beliau berpuas hati dengan gerak kerja yang ditunjukkan jentera Warisan setakat ini termasuk dengan bantuan rakan sekutu mereka, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Pakatan Harapan (PH).

“Saya gembira dengan perkembangan mutakhir ini, mudah-mudahan dalam masa berbaki beberapa hari lagi (berkempen), kita akan terus tingkatkan prestasi kerja.

“(Saya juga mendapati) Sokongan (pengundi) amat menggalakkan apabila mereka keluar beramai-ramai di tempat perjumpaan dan ceramah kita,” menurutnya.

PRK Kimanis menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Warisan dan BN.

Warisan mempertaruhkan Karim, 67, manakala BN meletakkan Datuk Mohamad Alamin, 48, sebagai calon.

Pensyarah Geografi Politik, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Fadilah Sarbi berpendapat kedua-dua parti kini masih dalam ‘kajian’ untuk mengklasifikasikan kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) mana bakal dimenangi dan kawasan mana memerlukan lebih perhatian.

“Saya pasti parti yang bertanding mempunyai strategi tersendiri dan cara paling sesuai untuk pecutan terakhir ini adalah untuk terus dekati pengundi dengan pelbagai pendekatan.

“(Tetapi) parti juga harus ingat bahawa pertarungan ini bukan hanya di lapangan tetapi di media sosial. Jentera media sosial parti juga perlu memainkan peranan kerana ini adalah platform bagi pengundi yang berada di luar kawasan untuk mendapatkan akses dan maklumat,” katanya.

SPR menetapkan hari pengundian pada 18 Januari, manakala pengundian awal pada 14 Januari.

Tempoh berkempen bagi PRK Kimanis adalah 14 hari bermula selepas penamaan calon pada 4 Januari dan berlangsung sehingga 11.59 malam pada 17 Januari ini.

Tags: Barisan NasionalPRK Kimaniswarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-Hati Minggu Depan

Next Post

Rakyat Taiwan Mula Mengundi Hari Ini

Related Posts

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

06/03/2023
0

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli...

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Next Post

Rakyat Taiwan Mula Mengundi Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd