• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Hukuman Mati Mandatori Dibentang Sebelum Mac

oleh
16/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hasil kajian Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada suku pertama 2020, demikian menurut jawatankuasa itu.

Jawatankuasa khas itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia komited untuk memastikan hasil kajian dibuat berdasarkan sesi libat urus yang holistik dan efektif.

“Pandangan daripada semua pihak diambil kira oleh jawatankuasa khas ini termasuk kumpulan kementerian/jabatan/agensi/ badan bukan kerajaan, agamawan Islam dan bukan Islam, keluarga banduan akhir, banduan akhir, keluarga mangsa dan masyarakat umum,” jelasnya.

Menurut kenyataan itu, sesi libat urus jawatankuasa khas bersama keluarga mangsa telah diadakan semalam di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri di sini yang bertujuan memberi peluang kepada keluarga mangsa menyatakan pandangan mereka terhadap cadangan kerajaan.

“Dalam hal ini jawatankuasa khas bukan mengadakan sesi libat urus semata-mata untuk memenuhi keperluan pihak-pihak tertentu.

“Jawatankuasa khas komited serta memberi fokus terhadap setiap pandangan dan input yang diterima sepanjang sesi libat urus agar isu sebenar dapat dianalisis untuk diambil tindakan oleh kerajaan,” katanya.

Jawatankuasa itu menegaskan bahawa setiap pandangan dan input daripada semua pihak penting untuk memastikan cadangan yang akan dibentangkan kepada kerajaan komprehensif dan demi memantapkan polisi penghukuman di Malaysia.

Jawatankuasa itu juga menjelaskan bahawa pemansuhan hukuman mati tidak bermaksud hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya di Malaysia.

“Sebaliknya hukuman mati masih wujud dan boleh dijatuhkan sekiranya mahkamah berpandangan bahawa hukuman tersebut wajar berdasarkan fakta dalam sesebuah kes,” jelasnya.

Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori ditubuhkan kerajaan pada 29 Ogos 2019 bertujuan melaksanakan semakan dan kajian secara menyeluruh berkaitan dasar penghukuman untuk menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman yang lebih wajar, tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Tags: hukuman mati mandatori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Lagi Hukuman Mati Mandatori Di Malaysia Bermula Hari Ini

Tiada Lagi Hukuman Mati Mandatori Di Malaysia Bermula Hari Ini

04/07/2023
0

PETALING JAYA – Berkuat kuasa hari ini tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan...

‘Tiada Lagi Hukuman Penjara Seumur Hidup Ganti Hukuman Mati Mandatori’

‘Tiada Lagi Hukuman Penjara Seumur Hidup Ganti Hukuman Mati Mandatori’

23/03/2023
0

Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat lepas bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd