• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Ladang THP: Pemuda UMNO Desak Mujahid Beri Penjelasan

oleh
25/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mendesak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menyatakan pendirian berhubung keputusan Lembaga Pengarah Tabung Haji Plantation (THP) untuk menjual 14 anak syarikat yang memiliki ladang kelapa sawit seluas 76,975 hektar selepas seminggu ia dibangkitkan.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun keputusan tersebut dibuat oleh Lembaga Pengarah THP tetapi di bawah Akta Tabung Haji, Mujahid bertanggungjawab ke atas 9.4 juta pendeposit Tabung Haji (TH).

“Isu bermula apabila Lembaga Pengarah THP iaitu anak syarikat penuh TH membuat keputusan pada 26 November 2018, 27 Februari 2019 dan 1 Ogos 2019 untuk menjual 14 anak syarikat miliknya yang memiliki ladang kelapa sawit seluas 76,975 hektar bersamaan 76.2 peratus daripada jumlah keseluruhan keluasan yang dimiliki syarikat itu.

“Keseluruhan dimiliki THP ialah 110,000 hektar. Kalau melihat kepada keputusan ini THP hanya memiliki baki 33,025 hentar ladang sawit sahaja.

“Pada 5 Disember tahun lalu, THP telah membuat pengumuman di Bursa Malaysia bahawa mereka telah menandatangani perjanjian penjualan saham bersama Tamaco Pantation Sdn. Bhd. (Tamaco) untuk melupuskan pegangan dalam dua anak syarikat penuh iaitu Bumi Suria Ventures Sdn. Bhd. (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn. Bhd. (MW) yang memiliki tanah perladangan seluas 6,514 hektar dengan harga RM170 juta secara tunai,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pemuda UMNO di sini hari ini.

Menurutnya, Tamaco merupakan sebuah syarikat perladangan swasta yang berpangkalan di Lahad Datu dan timbul persoalan mengapakah THP tergesa-gesa menjual ladang yang berdaya maju dan mengeluarkan hasil yang baik.

“Ladang tersebut baharu berusia lima hingga 11 tahun dan umum mengetahui pada usia tersebut, hasil minyak sawitnya bagus. Apa tujuan ambil keputusan menjualnya?” soalnya. 

Beliau turut menimbulkan persoalan apakah bakal berlaku kepada operasi THP jika 76.2 peratus ladang milik mereka dijual.

“Kita nak tahu siapa bersungguh-sungguh jual kepada Tamaco?

“THP berikan alasan melaksana penjualan kerana sebahagian daripada program rasionalisasi kewangan syarikat itu yang lemah kerana tersepit dengan bebanan hutang,” katanya.

Asyraf berkata, majoriti beban hutang THP sebanyak RM1.2 bilion itu sebenarnya dibiayai oleh TH sendiri.

“Sebanyak RM1 bilion hutang THP diterbitkan dalam bentuk sukuk dan dibiayai oleh TH. Maknanya mereka bukan berhutang dengan orang lain.

“Kalau dikatakan hutang menjadi alasan mereka menjual tanah bernilai dan berdaya maju, kita nak tanya kenapa tidak dilaksanakan mengikut kelaziman kerajaan lepas kalau ada mana-mana syarikat yang mempunyai kepentingan awam, kerajaan ambil tanggungjawab membantu.

“Dalam konteks ini TH tidak akan umumkan THP bankrap kerana syarikat itu berhutang dengan mereka. Kalau TH bagi alasan tidak ada duit sebenarnya nilai tabungan TH ada RM70 bilion. RM1 bilion hutang diberikan kepada THP tidak berikan kesan kepada operasi TH,” jelasnya.

Mengulas lanjut beliau turut mempersoalkan mengapa ladang milik THP dijual kepada syarikat swasta seperti Tamaco dengan penilaian baharu.

“Pada 2017 nilai buku dua syarikat memiliki ladang mencecah RM380 juta tetapi apabila ditukar jurunilai baharu penilai dibuat RM170 juta. Apa asas andaian penilaian itu dibuat?

“Kita juga nak tanya adakah penjualan ini mempunyai kaitan dengan hasrat menjadikan TH hanya untuk menguruskan jemaah haji sahaja seperti yang pernah disuarakan individu tertentu sebelum ini,” katanya.

Justeru beliau mendesak TBP menghentikan penjualan baki 11 lagi anak syarikatnya seperti yang diluluskan oleh lembaga pengarahnya.

“Kami juga sedang meneliti untuk memfailkan tindakan injunksi di mahkamah oleh pihak pendeposit TH.

“Kami juga sedang meneliti untuk memfailkan tindakan injunksi di mahkamah oleh pihak pendeposit TH.

“Kami juga akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dengan segera tindakan penukaran jurunilai, kaedah nilaian yang menghilangkan RM210 juta dan proses penjualan kepada Tamaco,” tegasnya. – Sinar Harian

Tags: ladang kelapa sawitPemuda UMNOTabung HajiTH Plantations
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Denda Naik 5K? Oh Tidak

Next Post

China Bina Hospital Baharu Dalam Masa 10 Hari

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

Next Post

China Bina Hospital Baharu Dalam Masa 10 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd