• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Ingin Pulang Tetapi Iklim Politik Belum Sesuai

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho ingin pulang dan berdepan tuduhan-tuduhan berkaitan skandal 1MDB, hanya jika iklim politik sesuai.

“Saya menantikan hari di mana iklim politiknya buat saya rasa selamat untuk pulang dan kedaulatan undang-undang akan dihormati supaya fakta-fakta boleh dikemukakan, dan saya boleh mempertahankan diri,” kata Low kepada The Straits Times dalam temubual e-mel.

Akhbar Singapura itu memetik pembantunya berkata, temubual itu merupakan pertama kali Low membalas tanpa perantara firma perhubungan awam.

Low didakwa dalang dalam pencurian berbilion dolar dana 1MDB.

Pihak berkuasa AS memfailkan 30 tuntutan pelucuthakan terhadap hartanah, pelaburan, seni dan barang kemas bernilai AS$1.7 bilion yang dibeli Low dan rakan-rakan.

Keberadaan ahli perniagaan itu belum diketahui, dan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador baru-baru ini kecewa pihak berkuasa asing enggan bekerjasama menangkapnya.

ST percaya Low berada di sebuah negara Eropah.

Dalam temubual itu, Low mendedahkan dia beberapa kali berdepan kanser, oleh itu dia mahu melabur dalam penyelidikan kanser terkini.

“Saya akan menghargai peluang untuk memulakan semula usaha bersifat dermawan dan menyumbang kepada masyarakat dan membantu orang lain dalam apa cara yang boleh,” katanya.

“Saya yakin apabila semuanya selesai, orang ramai akan berubah fikiran mereka terhadap bagaimana saya dipamerkan sekarang.”

Dia lebih meyakini sistem keadilan Amerika Syarikat di mana kedaulatan undang-undang dihormati dan seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Dia juga berpuas hati dengan beberapa penyelesaian yang dicapai dengan Jabatan Kehakiman AS.

Katanya, dia hanya “perantara” dalam transaksi melibatkan 1MDB kerana mempunyai hubungan baik dengan pembuat-pembuat keputusan yang berpengaruh, tetapi dikambing hitamkan kerana bukan seorang ahli politik.

“Hakikatnya saya sasaran mudah untuk orang-orang berkenaan memandangkan saya bukan seorang ahli politik,” katanya.

Dia juga mendakwa hubungannya dengan watak-watak berkuasa di Arab Saudi memberi manfaat kepada Malaysia, termasuk peningkatan peruntukan kuota haji.

“Dalam tempoh itu, hubungan Malaysia dengan Arab Saudi di paras tertinggi, berbanding keadaan sekarang. Ini terbukti dengan banyak mesyuarat dan perhubungan antara bekas perdana menteri, Najib Razak dan raja Arab Saudi dan menteri kewangannya ketika itu,” katanya.

“Dalam satu peristiwa yang menunjukkan betapa kuatnya hubungan dengan Malaysia, kerajaan Saudi mengatur seorang utusan rasmi terbang ke Lapangan Terbang Subang untuk bersemuka dengan Najib di Malaysia.” – FMT

Tags: 1MDBJho LowSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd