• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesa Masyarakat Antarabangsa Beri Tekanan Ke Atas Myanmar

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Sebuah kumpulan yang memperjuang hak asasi golongan minoriti Muslim Rohingya menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memerintahkan Myanmar untuk memulakan langkah pencegahan bagi melindungi Rohingya, lapor agensi berita Anadolu.

Menyifatkan keputusan ICJ sebagai satu ‘kemenangan’, Rangkaian Hak Asasi Manusia Burma (BHRN) yang berpangkalan di London berkata adalah menjadi tanggungjawab komuniti antarabangsa untuk memastikan Myanmar, tentera dan Penasihat Negara Aung San Suu Kyi mematuhi perintah mahkamah itu.

Ketika membacakan keputusan mengenai kes yang difailkan bulan lalu oleh Gambia, Presiden ICJ, Abdulqawi Ahmed Yusuf berkata, Myanmar diberi tempoh empat bulan untuk mengambil semua langkah pencegahan dan memastikan tiada kekerasan terhadap Rohingya di negara itu.

“Hari ini hari yang penuh bermakna untuk keadilan dan yang akhirnya memberi harapan kepada Rohingya selepas dunia selama ini melupakan mereka.

“Sekarang Burma (Myanmar) menyedari bahawa dunia tidak boleh lagi menanggung kejahatan mereka adalah penting semua pihak dalam masyarakat antarabangsa menggunakan apa jua pendekatan untuk memastikan Burma (Myanmar) mematuhi arahan ICJ,” kata Pengarah Eksekutif BHRN, Kyaw Win.

BHRN menyuarakan kebimbangannya mengenai peningkatan ‘ucapan kebencian’ di Myanmar sebelum dan selepas keputusan ICJ.

“Dunia harus memantau Burma secara dekat pada masa depan dan mengambil langkah untuk memastikan Burma tidak membenarkan sebarang keganasan terhadap Muslim dan bukan Muslim Rohingya,” kata kumpulan hak asasi itu.

Menurut kumpulan itu lagi, adalah menjadi kewajipan masyarakat antarabangsa untuk memastikan arahan itu dipenuhi.

“Burma perlu dimaklumkan kegagalan mematuhi keputusan itu menyebabkan negara berkenaan bakal berdepan tindakan termasuk sekatan, pengasingan dan langkah-langkah lain,” kata kumpulan itu.

Tags: burmaICJmuslim rohingyaMyanmar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tukar PM Bukan Macam Tukar Pemandu Bas – Hadi

Next Post

OKU Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Liwat Anak

Related Posts

Sedia Tarik Balik Pasukan ATM Jika Keselamatan Terancam Di Myanmar- Mohamad

Sedia Tarik Balik Pasukan ATM Jika Keselamatan Terancam Di Myanmar- Mohamad

18/04/2025
1

TAPAH: Malaysia bersedia menarik balik pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihantar ke Myanmar sekiranya keselamatan mereka terancam. Menteri...

Pasukan SMART Di Myanmar Selamat Tiba Di Tanah Air

Pasukan SMART Di Myanmar Selamat Tiba Di Tanah Air

07/04/2025
0

PUCHONG - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar berjaya menyelamatkan seorang...

Next Post

OKU Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Liwat Anak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd