• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dong Zong Serah Memorandum Tolak Belajar Jawi

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) hari ini menyerahkan memorandum penolakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular kepada Kementerian Pendidikan, di sini.

Memorandum diserahkan Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim, bersama dua pertubuhan Tamil disertai Pengarah CHILD Information, Learning and Development Centre, K Arumugam dan Presiden Tamil Foundation, M Thiraviam.

Tai Kim berkata, pihaknya tidak membantah pembelajaran tulisan Jawi tetapi perlu dipersetujui secara sukarela oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan murid, bukan secara paksaan yang boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat Cina serta India.

Beliau berkata, penyerahan membabitkan empat usul yang diluluskan dengan pendirian mempertahankan hak dan kuasa Lembaga Pengelola Sekolah supaya mempunyai hak dan kuasa penentuan terhadap segala dasar Kementerian Pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Katanya, Dong Zong turut meminta kerajaan prihatin terhadap pandangan masyarakat Cina dan India supaya pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran tulisan Jawi dibatalkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat di SJK.

“Kami setuju sekolah dijadikan medium memupuk semangat kepelbagaian budaya melalui kaedah interaksi budaya yang memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum termasuk Jawi, Cina, Tamil dan kaum lain.

“Ia boleh dirujuk melalui buku teks Bahasa Melayu Tahun Lima 5 SJK yang memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum.

“Kita juga mencadangkan Kementerian Pendidikan berdialog bersama pertubuhan pendidikan Cina bagi membincangkan masalah ini sebelum dilaksanakan,” katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum bantahan di sini, hari ini.

Memorandum diserahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Dr. Habibah Abdul Rahim.

Menerusi kempen dan kajian dijalankan Dong Zong terhadap SJKC, lebih 900 sekolah didakwa menolak pembelajaran tulisan Jawi dan menyifatkannya bukan dalam konteks kepelbagaian.

Penolakan dikatakan turut menerima sokongan 17 pertubuhan Cina termasuk badan bukan kerajaan (NGO). – BH Online

Tags: cinaDong ZongSekolah Vernakulartulisan Jawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Tulisan Jawi ‘جوهر’ Hiasi Langit Stadium Sultan Ibrahim, Formasi Dron Pukau Penyokong JDT

Tulisan Jawi ‘جوهر’ Hiasi Langit Stadium Sultan Ibrahim, Formasi Dron Pukau Penyokong JDT

30/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Pertunjukan dron yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam ini sempena sambutan kejuaraan Liga Super ke-12 Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd