• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dong Zong Berani Sebab ‘Tongkang Melayu’ Dah Pecah – Rais

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berani membantah pelaksanaan tulisan jawi berikutan kekuatan Melayu semakin terhakis.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Pengerusi Yayasan Budi, Tan Sri Dr. Rais Yatim turut memberitahu bahawa pihak terlibat tidak berani berbuat demikian pada waktu Melayu kuat dahulu.

“Beginilah, tentang skrip jawi ni, kepala-kepala Dong Zong tengok Melayu dah ‘pecah tongkang’ sebab itu mereka berani ‘lanyak’.

“Masa kita kuat dulu mereka berani buat begini tak? Tidak. Kini kita dah tinggal gusi saja sebab itu mereka kasi jagung keras. Macam mana kuat gigit pun dah tak lut (berkesan),” katanya.

Dalam ciapan seterusnya, Rais turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pahang kerana mula menegakkan pembudayaan jawi.

“Kenapa takut guna skrip jawi di Semenanjung Tanah Melayu?

“Negeri-negeri lain, ayuh turut sama. Bersatu bertambah mutu,” katanya.

Dong Zong sebelum ini berulang kali menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan melaksanakan tulisan jawi di sekolah vernakular bermula tahun ini.

Kelantangan Dong Zong itu menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya.

Hari ini, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) turut menganjurkan Himpunan Bangkit Pertahan Jawi Haramkan Dong Zong di Kuala Lumpur. – Sinar Harian

Tags: Dong ZongMelayuRais Yatimsekolah cinatulisan Jawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

09/08/2024
0

Susulan dasar persembahan lebih ketat di Terengganu, penganjur Pesta Hantu Lapar di Kemaman kini mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak...

25 Sungai Di Malaysia Tercemar Kelas 3 Dan 4

Menteri Pendidikan Akan Jumpa PIBG Dari 11 Sekolah Cina – Fahmi

06/06/2024
0

SUNGAI BAKAP - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh akan bertemu dengan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd