Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Mat Yo Gagal Ambil...

Ekoran kegagalan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurkan sepakan...

M’sia Sasar Guna Teknologi...

Kerajaan berhasrat meningkatkan penggunaan teknologi nuklear sehingga ke tahap 40 peratus dengan nilai...

24 Juta Penduduk Malaysia...

KUALA LUMPUR - Jumlah penduduk Malaysia yang sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19...

Bazar Rakyat Jadi Mercu...

KOTA BELUD - Bazar Rakyat bakal menjadi satu lagi mercu tanda baharu pekan...

Data E-Tunai Rakyat Berisiko Disalah Guna

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa data pengguna yang mengaplikasikan inisiatif e-Tunai Rakyat bernilai RM30 dalam dompet digital atau e-wallet yang boleh ditebus bermula 15 Januari lalu berisiko untuk disalah guna.

Menurutnya, rakyat berhak membantah kerana mekanisme yang digunakan itu dilihat tidak selamat.

“Ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada projek e-Tunai. Rakyat berhak membantah. Data peribadi mereka tidak selamat.

“Hanya dengan tawaran RM30, data peribadi rakyat Malaysia terkumpul dengan mudah di tangan pihak tertentu. Ia boleh sahaja disalahgunakan,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Selain itu katanya, jaminan bahawa inisiatif itu selamat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga meragukan.

“Jaminan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sudah banyak berbohong apatah lagi oleh menterinya sendiri (Guan Eng) adalah amat meragukan,” katanya.


“Ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada projek e-Tunai. Rakyat berhak membantah. Data peribadi mereka tidak selamat.”

Terdahulu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, data diperoleh daripada inisiatif e-Tunai Rakyat tidak akan disalahgunakan untuk kegunaan komersial.

Katanya, maklumat yang dikumpul adalah untuk kerajaan dan ia tidak akan dikongsikan dengan syarikat-syarikat lain.

Skim e-Tunai Rakyat digerakkan dengan pembabitan tiga syarikat pembayar iaitu Axiata Digital Sdn. Bhd. yang mengendalikan aplikasi Boost, Touch ‘N Go Sdn. Bhd. (Touch ‘n Go) dan Grab Holdings Ltd. (GrabPay). – Sinar Harian

Kategori