• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon BN Puas Hati Pengurusan SPR Di pusat Mengundi

oleh
18/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIMANIS – Calon Barisan Nasional, Datuk Mohamad Alamin yang selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Our Lady of Fatima, Kelatuan, di sini, berpuas hati dengan perjalanan pengundian dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mohamad yang berbaju biru tiba pada jam 9.09 pagi sebelum mengundi di saluran dua

“Saya juga akan melawat ke beberapa pusat pengundian lain pada tengah hari dan petang ini,” katanya kepada pemberita.

BH mendapati, pengundi warga tua antara pengundi yang terawal tiba di pusat pengundian bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Seorang warga tua yang juga pengundi pertama di pusat mengundi di SK Our Lady of Fatima, Juanis Puduk, 72, berkata dia datang awal kerana lazimnya ramai yang mengundi pada pilihan raya kecil.

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, saya datang jam 10 pagi dan ketika itu pengundi ramai.

“Belajar daripada PRU-14, saya dan isteri mengambil keputusan untuk datang awal iaitu sebelum jam 7 pagi,” katanya yang berasal dari Kampung Langkawit, kira-kita dua kilometer (km) dari tempat pengundian.

Turut mengundi awal ialah tiga beradik kembar iaitu Zakaria Muhamud, 34 dan dua lagi kembarnya iaitu Zaidi dan Zaki, yang berasal dari Kampung Kelatuan.

Zakaria berkata, sebagai orang muda harapan mereka agar siapa juga yang menang akan membawa banyak peluang pekerjaan dan pembangunan di Kimanis. – BH Online

Tags: Barisan NasionalMohamad AlaminPRK KimanisSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK Kimanis: Harinya Sudah Tiba

Next Post

Suntik Vaksin Influenza Setahun Sekali, Elak Wabak Berulang

Related Posts

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

21/06/2025
0

KOTA KINABALU: Kejayaan menangkis tuntutan asing ke atas Sabah membuktikan kedaulatan negeri ini kekal utuh di bawah Persekutuan Malaysia, sekali...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post

Suntik Vaksin Influenza Setahun Sekali, Elak Wabak Berulang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd