• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Marah, Ia Perbualan Biasa – Najib

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau dimarahi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebaliknya disifatkan sebagai perbualan biasa suami isteri.

Najib berkata, ia adalah perbualan antara isterinya dengan beranggapan ia sebagai sesuatu yang peribadi.

“Dimarahi? Tak ada dimarahi, perbualan (biasa) dan ia adalah peribadi.

“Anda pun bersembang dengan isterikan. Apa salahnya?” katanya pada sidang akhbar di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Najib berkata, semua pihak berhak untuk berbincang apa sahaja topik dengan pasangan masing-masing selagi ia tidak dibocorkan kepada orang ramai.

Katanya, perbualan mengenai aktiviti harian bersama isteri adalah perkara normal.

Hari ini, perbualan audio dikatakan suara Najib dan Rosmah mendapat perhatian ramai selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar audio konspirasi jenayah tertinggi melibatkan rakaman perbualan telefon tujuh individu termasuk bekas Perdana Menteri.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, rakaman berdurasi 45 minit itu diterima pihaknya beberapa hari lalu melibatkan salah guna kuasa, konspirasi, jenayah berhubung skandal mega SRC International, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta beberapa kes lain.

Selain Najib, rakaman audio turut mengandungi percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad, Datin Seri Rosmah Mansor dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan serta beberapa individu berkepentingan dalam dan luar negara. – Sinar Harian

Tags: Latheefa KoyaNajib Tun RazakSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd