• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Optimis Raih Sokongan Anifah Sepanjang PRK Kimanis

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMBAKUT – Barisan Nasional (BN) optimis mantan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti itu sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) itu nanti.

Keyakinan itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berpendapat kewibawaan Anifah selaku wakil rakyat di parlimen tersebut dahulu mampu menarik sokongan pengundi.

Bahkan, jelasnya lagi, kesediaan mantan Ketua UMNO Bahagian Kimanis itu menyokong calon BN yang diumumkan pada Rabu memberikan kelebihan kepada jentera parti menggempur pihak lawan.

Ahmad menambah meskipun Anifah bukan lagi berada di dalam UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah mengesahkan mereka berdua sudah berhubung dan bersetuju untuk memberikan sokongan.

“Beliau juga telah menyatakan dalam media bahawa beliau menyokong calon UMNO dan BN yang dikemukakan, itu satu plus point yang amat besar kepada jentera dan menambah semangat keyakinan kami,” katanya.

Ahmad berkata demikian ketika ditemui dalam majlis ceramah perdana PRK Kimanis di Kampung Pimping, Membakut, pada tengah malam tadi.

Untuk rekod, pada Rabu, BN mengumumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Datuk Mohamad Alamin sebagai calon bagi PRK Kimanis.

Terdahulu, dalam ceramah perdana yang menyaksikan kehadiran calon, Mohamad dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkongsi pentas utama.

Kira-kira 1,000 hadirin yang terdiri daripada penduduk setempat dan jentera parti menghadiri ceramah berkenaan yang bermula jam 9 malam.

Ahmad Zahid terdahulu dalam ucapannya menegaskan pemilihan Mohamad sebagai calon BN pada PRK Kimanis memperlihatkan UMNO pusat mengotakan janji dalam menunaikan autonomi kepada UMNO Sabah.

Tegasnya, BN dilihat berada di landasan tepat untuk mengulangi sejarah PRK Tanjung Piai, Johor dengan syarat semua jentera harus bekerja keras sebaik penamaan calon diumumkan pada 4 Januari nanti. – Astro AWANI

Tags: Anifah AmanBarisan NasionalPRK Kimanis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buka Kapsul 25 Tahun

Next Post

Penunggang Dego Ride Perlu Diwajibkan Lesen PSV

Related Posts

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

24/01/2022
0

JOHOR BAHRU : Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata gabungan itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri...

‘Guna Warna Biru BN Hanya Kebetulan’

15/12/2021
0

KUCHING: Calon Bebas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Khairul Ahmat, menjelaskan penggunaan warna biru Barisan Nasional...

Next Post

Penunggang Dego Ride Perlu Diwajibkan Lesen PSV

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd