• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Thanagaraj Sokong LTTE September Ini

oleh
31/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENJAGA stor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, Januari 2019.

S Thanagaraj, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Lelaki itu didakwa memberi sokongan kepada LTTE dengan cara menggunakan Facebook atas nama ‘Tamilarasan Sivam’ di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8(M) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman pada 10 pagi, 11 Januari 2019.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21, 22, 23, 28 dan 29 September ini untuk perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Shahruddin, manakala tertuduh diwakili peguam RT Rajasekaran.

Mahkamah juga menetapkan 28 Februari untuk sebutan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaren.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abd Rahman memberitahu bahawa pihaknya telah menyerahkan sebahagian dokumen kepada pihak pembelaan bagi tujuan perbicaraan.

Pada 9 Januari lalu, Gunasekaren mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama Taman Ayer Keroh Heights, Melaka Tengah, Melaka, pada 8.30 malam 28 November 2018.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Tags: LTTEpengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd