• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bersilat’ Lepas Kena Langgar Kereta

oleh
07/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Video insiden seorang penunggang motosikal yang terus bersilat selepas dilanggar sebuah kereta petang semalam mengundang pelbagai reaksi netizen.

Lokasi kejadian itu berlaku bagaimanapun tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Video berdurasi 1 minit tular di media sosial sejak malam tadi itu menunjukkan seorang penunggang motosikal dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan menunggang motosikalnya dengan laju ketika kenderaan dari arah kiri sedang bergerak.

Motosikal itu kemudian dirempuh sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Alza yang datang dari arah kiri.

Selepas beberapa saat dilanggar, penunggang berkenaan tiba-tiba berdiri, terus ‘buka langkah’ dan bersilat.

Lelaki berkenaan kemudian dilihat memegang kakinya mungkin kerana menahan kesakitan sebelum sekali lagi bersilat di tepi laluan berkenaan.

Video tersebut turut menunjukkan dua penunggang motosikal berhenti dan membantu mengangkat motosikal mangsa.

Sementara itu, pelayar Facebook dikenali sebagai Wan Wan di ruangan komen menulis mangsa mungkin melakukan tindakan demikian bagi menenangkan diri.

“Kaedah tenangkan diri kot,” tulisnya.

Yusof Abdullah pula di ruangan komen menulis hanya mereka yang mempelajari ilmu persilatan faham apa yang dilakukan lelaki terbabit.

“Kalau siapa belajar silat dia akan faham.. sebab keadaan terdesak ini benda ghaib pinjam sekejap tubuhnya demi menyelamatkan sahabatnya,” tulisnya.

Seorang lagi netizen, Rohayati Hashim menulis penunggang motosikal berkenaan mungkin bertindak demikian kerana terkejut selain ingin melupakan kesakitan.

“Melatah tu kak.. mungkin nak lupakan sakit.. kuat dentum tu. Terkejut kot kak.. melambung. Orang tak naik motor tak kemalangan tak rasa…saya kena walaupun tak bersilat tapi bangun rasa sakit badan oi,” tulisnya. – Sinar Harian

Tags: bersilatkemalanganPenunggang Motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd