• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL Didakwa Lagi

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi didakwa, hari ini, atas tiga pertuduhan membabitkan lebih RM1 juta bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Sabudin Mohd Salleh, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus ketiga-tiga pertuduhan berjumlah RM1,000,187 dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh di Mahkamah Sesyen di sini.

Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA, Sabudin didakwa menggunakan wang tunai hasil aktiviti haram berjumlah RM43,000 untuk membeli sebuah lori daripada pemilik Power Smart Truck Trading, Ong Sau Ming.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Puchong Utama, Petaling, 1 Mei tahun lalu.

Tertuduh juga didakwa memiliki wang tunai hasil aktiviti haram berjumlah RM663,017 di satu alamat di Ukay Perdana, Ampang, selain wang tunai hasil aktiviti haram sebanyak RM294,170 di pejabat Sasrestu Sdn Bhd, Taman Malawati, Gombak, 9 Mei tahun lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan berkenaan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim, memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan.

Namun jika mahkamah berasa jaminan wajar diberikan, beliau berkata, pihaknya memohon ia tidak kurang daripada RM100,000 dengan dua penjamin berikutan ia kesalahan tidak boleh jamin.

“Walaupun hanya tiga pertuduhan bawah AMLATFPUAA, jumlah terbabit melebihi RM1 juta,” katanya.

Sementara itu, peguam Aiman Abdul Rahman yang mewakili Sabudin, berkata anak guamnya berkhidmat di DBKL selama 31 tahun.

Beliau berkata, tertuduh menanggung tiga anak dan jumlah jaminan melebihi RM100,000 akan menyebabkan kesusahan kepada anak guamnya itu.

“Semalam, anak guam saya dituduh di mahkamah Kuala Lumpur dan dikenakan jaminan RM120,000 dengan syarat pasport diserah kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.

“Saya memohon kepada mahkamah untuk mengambil kira kes ini bagi menentukan jaminan rendah kepada anak guam saya,” katanya.

Beliau berkata, sejak tahun lalu, anak guamnya melaporkan diri di SPRM Putrajaya dan tiada pada bila-bila masa melarikan diri, selain memberikan kerjasama kepada mahkamah.

Rozilah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin, selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

Beliau juga menetapkan 20 Februari depan sebagai tarikh sebutan kes.

Semalam, Sabudin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.08 juta, dua tahun lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi. – BH Online

Tags: DBKLPengubahan Wang HaramSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd