• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Tak Campur Urusan Tindakan Terhadap Haziq

oleh
12/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau tidak boleh mencampuri urusan pihak berkuasa berhubung sebarang tindakan terhadap bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Sebaliknya Mohamed Azmin meluahkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT apabila kebenaran di sebalik video intim kontroversi itu akhirnya terungkai.

Menurutnya, beliau secara peribadi dari awal yakin bahawa video berkenaan adalah satu percaturan politik yang amat kejam dan tidak baik bagi negara.

“Saya tidak boleh mencampuri urusan pihak berkuasa (tindakan terhadap Haziq). Sudah tentu saya melalui satu tempoh yang agak panjang melalui ujian yang getir ini.

“Namun saya bersedia melalui proses yang telah dijalankan dan alhamdulillah pihak berkuasa khususnya Peguam Negara telah menyatakan bahawa Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mencadangkan tidak ada kes dan pertuduhan ke atas saya.

“Saya secara peribadi dan keluarga merasakan amat gembira dan bersyukur,” katanya kepada media ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran, Tausiah dan Doa Selamat itu di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves di sini malam ini.

Mohamed Azmin berkata, beliau kini boleh memberi tumpuan kepada kerja dan tugas yang diberikan.

Menurutnya, 2020 merupakan tahun yang amat penting bagi Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada hujung tahun ini.

“Sudah tentu semua pihak khususnya pimpinan negara sedang bertungkus-lumus membuat persiapan terbaik untuk menjadi tuan rumah,” katanya.

Peguam Negara, Tommy Thomas pada Khamis lalu menjelaskan tiada pertuduhan akan dikemukakan dalam kes video intim kontroversi mengaitkan Mohamed Azmin dengan Haziq.

Keputusan itu dibuat susulan pakar forensik AS gagal mengenal pasti individu dalam video berkenaan kerana resolusi rendah.

Rakaman video intim itu didakwa dirakam di sebuah hotel di Sandakan pada 11 Mei 2019 sebelum tersebar menerusi beberapa kumpulan WhatsApp disertai pengamal media pada 11 Jun lalu.

Haziq kemudiannya mengaku dirinya adalah orang dirakam dalam video itu selain mendakwa Mohamed Azmin adalah individu bersamanya, sehari kemudiannya.

Sejak pendedahan itu, Mohamed Azmin menafikan dakwaan Haziq secara konsisten dan menyifatkan perbuatan itu sebagai usaha memusnahkan kerjaya politiknya. – Sinar Harian

Tags: Haziq AzizMohamed Azmin Alivideo intim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendedahan Latheefa: Wajar Peguam Negara Beri Pandangan?

Next Post

Rehatkan ‘Kuda Tua’ Karim, Najib Beritahu Pengundi Kimanis

Related Posts

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

07/04/2023
0

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata dia telah memaklumkan kepada Facebook dan TikTok untuk memadamkan video pasangan...

Azmin Gagal Batal Saman 10 Pengundi Gombak

30/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal membatalkan saman yang difailkan 10...

Next Post

Rehatkan ‘Kuda Tua’ Karim, Najib Beritahu Pengundi Kimanis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd