• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anifah Gagal Semak Semula Keputusan Batal Kemenangan

oleh
03/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Anifah Aman untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang membatalkan kemenangannya di Parlimen Kimanis pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kami mempertimbangkan permohonan Anifah dan mendapati dia gagal melepasi ambang yang ditetapkan Aturan 137 Kaedah Mahkamah Persekutuan.

“Kami juga tidak yakin Anifah dapat buktikan yang 4 hakim yang dengar rayuannya itu berat sebelah,” kata hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Salleh semasa menyampaikan keputusan mahkamah.

Mahkamah juga memerintahkan Anifah membayar kos RM200,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai pengurus pilihan raya dan calon Warisan, Karim Bujang.

Hakim lain dalam panel tersebut ialah Vernon Ong, Abdul Rahman Sebli, Abang Iskandar Abang Hashim dan Zabariah Mohd Yusof.

Keputusan ini bermakna PRK Kimanis boleh berlangsung di mana penamaan calon akan berlangsung esok (4 Januari). Pengundian ditetapkan pada 18 Januari.

UMNO memilih bekas ADUN Bongawan, Mohamad Alamin sebagai calon Kimanis. Sementara itu, Karim akan bertanding lagi untuk Warisan.

Anifah, bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, meninggalkan UMNO pada September 2018 dan beliau mengambil keputusan tidak mempertahankan kerusi Kimanis dalam PRK ini.

Beliau hanya memperoleh majoriti 156 undi, mengalahkan Karim pada 2018.

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan itu, peguam Anifah, Tengku Fuad Tengku Ahmad berkata bekas menteri itu menerima dan menghormati keputusan tersebut.

“Dia juga mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya dan berharap dapat terus berkhidmat kepada rakyat dalam kapasitinya sebagai rakyat biasa,” kata Fuad.

Peguam itu juga berkata beliau tidak menerima apa-apa arahan daripada Anifah untuk memfailkan saman terhadap SPR.

“Saya akan menasihatinya agar tidak meneruskan kes terhadap SPR kerana, pada peringkat ini, saya tidak fikir dia akan berjaya.

“Tetapi itu adalah hal antara dia dan peguam yang menasihatinya mengenai perkara itu,” tambah Fuad.

Sebelum ini, pegawai khas Anifah, James Ligunjang, berkata beliau merancang untuk memfailkan saman terhadap SPR kerana gagal menjalankan pilihan raya dengan betul pada 2018 dan mahu mendapatkan pampasan daripada kerajaan. – FMT

Tags: Anifah AmanParlimen KimanisPRU14
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Pemimpin Warisan Hina Pejuang Lahad Datu – Anifah

21/09/2020
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman kesal dengan ucapan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd