• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Minta Tetapkan Tarikh Peralihan Jawatan PM

oleh
04/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sekretariat Pakatan Harapan (PH) disaran agar memastikan Mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang dapat membuat ketetapan tarikh peralihan jawatan Perdana Menteri pada Mei 2020 bagi menjamin kelangsungan agenda PH, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Akmal berkata, AMK menyambut baik kenyataan dikeluarkan Ketua Setiausaha Sekretariat PH berkenaan komitmen untuk pelaksanaan manifesto dan juga muafakat PH pada 6 Januari 2018 untuk mengangkat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Namun, pada masa sama persetujuan agar peralihan berlaku dalam tempoh dua tahun PH menjadi kerajaan iaitu sejak Mei 2018 perlu diperincikan bagi menjamin kelangsungan agenda PH.

“Kita seharusnya berterima kasih dan menghormati keputusan peletakkan jawatan menteri (pendidikan) oleh Dr. Maszlee Malik dan sebelum ini jawatan Menteri Besar Johor oleh Datuk Osman Sapian.

“Pengalaman ini menunjukkan bahawa pertukaran boleh berlaku dengan baik dan harmoni dalam pentadbiran Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Akmal yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Baharu itu percaya penetapan tarikh peralihan kuasa itu akan mencerminkan kesepakatan yang utuh dalam PH dan seterusnya mematahkan persepsi pergolakan dalam PH yang sering dimainkan pihak pembangkang. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamadpakatan harapanPerdana MenteriPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai pemimpin negara dunia berpendapat konflik di Asia Barat akan menjadi lebih parah dan mengambil masa yang...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd