• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Terima Watikah 5 Perwakilan Asing Ke Malaysia

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan lima ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di sini.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketua-ketua perwakilan asing berkenaan ialah Hiroshi Oka dari Jepun, Lee Chi Beom (Korea Selatan), Cheuy Vichet (Kemboja), Ivan Velimir Starcevic (Croatia) dan Nail Latypov dari Rusia.

Oka, memulakan kerjaya di Kementerian Luar Jepun pada 1982 dan pernah berkhidmat di beberapa negara termasuk Arab Saudi dan United Kingdom, selain menjadi Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Timur Tengah dan Afrika pada 2017.

Chi Beom pula pernah menjadi presiden di Perbadanan Alam Sekitar dan Sumber Korea pada 2003 sebelum dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar pada 2006.

Vichet yang berkelulusan undang-undang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Kemboja di Jepun dari 2007 hingga 2014.

Sebelum ini, Starcevic berkhidmat sebagai Pengarah Euroasia, Perkongsian Timur, Asia dan Oceania di Kementerian Luar Croatia, manakala Latypov merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Konsular di Kementerian Luar Rusia dari 2015 hingga 2019.

Terdahulu sebelum istiadat berlangsung, kesemua ketua perwakilan asing berkenaan diberi tabik hormat oleh kawalan kehormatan utama di perkarangan Istana Negara.

Tags: Al-Sultan Abdullahperwakilan asingYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd