• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Terima Menghadap PM Bagi Mesyuarat Pra-Kabinet

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi Mesyuarat Pra-Kabinet mingguan yang sulung untuk tahun ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, mesyuarat di Istana Melawati, Putrajaya itu bermula pada jam 8 pagi dan berlangsung selama 55 minit.

“Mesyuarat pada hari ini merupakan pertemuan sulung untuk tahun ini (2020) di antara Al-Sultan Abdullah dan Tun Dr Mahathir. Kedua-dua pemimpin kelihatan mesra dan penuh teliti semasa mesyuarat yang telah berlangsung hari ini,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri.

“Pada tahun lepas (2019), sejumlah 32 kali Mesyuarat Pra-Kabinet telah berlangsung di antara Seri Paduka dan Perdana Menteri,” katanya.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata, mesyuarat tetap dijalankan jika Perdana Menteri tidak dapat menghadirinya dan beliau diwakili oleh Timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tags: Al-Sultan AbdullahMahathir Mohamadmesyuarat kabinetYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

Yang di-Pertuan Agong Terima Watikah 18 Perwakilan Asing Ke Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Terima Watikah 18 Perwakilan Asing Ke Malaysia

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd