• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Bantu Mangsa Kemalangan

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Keperibadian mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemalangan.

Ketika dalam perjalanan ke program Majlis Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri pagi ini, Seri Paduka menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat.

Kemalangan itu berlaku berhampiran plaza tol Lebuhraya MEX Putrajaya.

Baginda kemudian meneruskan perjalanan ke Istana Melawati, Putrajaya untuk Majlis Menghadap Pra Kabinet bersama Perdana Menteri.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Mangsa kemalangan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius.

Pada 5 Ogos lalu, Seri Paduka turut mencemar duli turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.

Ketika itu difahamkan, baginda dalam perjalanan untuk merasmikan Pameran Raja Kita di Muzium Diraja. – Sinar Harian

Tags: Al-Sultan Abdullahmangsa kemalanganYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

Agong Ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kepada Raja Permaisuri Agong, Raja...

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd