• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abbas Sedia Bantah Pelan Damai AS Di Mesyuarat PBB

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Pegawai Palestin akan berusaha mempengaruhi pembangkang untuk menentang pelan damai kontroversi Presiden Donald Trump pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang akan datang, lapor agensi berita Anadolu.

Bercakap kepada wartawan di New York pada Rabu, Riyad Mansour berkata, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan berucap pada mesyuarat Majlis Keselamatan yang dijadual diadakan dua minggu lagi.

Menurutnya, Abbas juga akan mengemukakan draf resolusi untuk menentang pelan damai Timur Tengah yang diumum Trump.

Pada Selasa di Washington, Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melancarkan pelan damai Timur Tengah yang dikritik hebat kerana memihak kepada Israel dan seolah-olah memberi harapan satu hari nanti Palestin akan mempunyai negara sendiri yang berdaulat.

Menurut Mansour, pelan damai itu hakikatnya memberi Israel lebih kuasa dan bukan sebenarnya berhasrat untuk mewujudkan keamanan atau keadilan. Ia sebenarnya ramuan untuk menghancurkan hak rakyat Palestin.

“Ia tidak boleh diterima dan mereka ingat rakyat Palestin akan lenyap, yang pasti perkara itu tidak akan terjadi. Mereka ingat rakyat Palestin akan berundur, sudah tentu mereka tidak akan berganjak sama sekali,” kata Mansour.

Terdahulu, Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, pendirian badan dunia itu berhubung keamanan Israel-Palestin tidak berubah walaupun selepas pengumuman pelan damai dan merujuk kepada resolusi Majlis Keselamatan sebelum ini.

“PBB tetap komited menyokong rakyat Palestin dan Israel untuk menyelesaikan konflik berdasarkan resolusi PBB, undang-undang antarabangsa dan perjanjian dua hala serta merealisasikan wawasan penyelesaian negara Israel dan Palestin,” kata Dujarric dalam satu kenyataan.

Tags: Amerika SyarikatIsraelPalestinPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd