• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

26 Hospital Dipilih Kendali Kes Koronavirus

oleh
28/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian kesihatan (KKM) hari ini mengeluarkan senarai 26 hospital di seluruh negara yang akan berfungsi sebagai hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki (PUI) dan sahih bagi koronavirus.

Infografik yang dikeluarkan KKM menunjukkan daripada jumlah itu 15 hospital terdapat di Semenanjung, enam di Sabah, empat di Sarawak dan satu di Labuan.

Hospital-hospital yang terlibat di pantai barat Semenanjung adalah Hospital Tengku Fauziah di Kangar Perlis, Hospital Pulau Pinang (Georgetown), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar) dan Hospital Langkawi (Padang Matsirat) di Kedah, Hospital Raja Permaisuri Bainun (Ipoh, Perak), Hospital Sungai Buloh (Selangor), Hospital Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan), Hospital Tuanku Ja’afar (Seremban, Negeri Sembilan), Hospital Melaka dan Hospital Sultanah Aminah (Johor Bahru).

Di pantai timur, di Kelantan mereka dengan tanda-tanda penyakit koronavirus akan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kota Bharu), Hospital Kuala Krai dan Hospital Tumpat; di Terengganu Hospital Sultanah Nur Zahirah (Kuala Terengganu) dan di Pahang Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan).

Di Sabah pula hospital yang terlibat adalah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (Kota Kinabalu), Hospital Dutches of Kent (Sandakan), Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau.

Selain itu, Hospital Wilayah Persekutuan Labuan juga turut dijadikan hospital rujukan bagi jangkitan virus itu.

Di Sarawak, Hospital Umum Sarawak (Kuching), Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu dipilih mengendalikan kes-kes yang disyaki (PUI) dan sahih bagi koronavirus.

Jangkitan koronavirus di seluruh negara terkawal dengan hanya empat warga China disahkan positif bagi jangkitan itu sehingga pagi ini.

Tags: hospitalKKMkoronavirus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakaman Audio: Ramai Lagi Individu Akan Dipanggil – KPN

Next Post

China Catat Lebih 4,500 Kes Coronavirus, 106 Kematian

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

China Catat Lebih 4,500 Kes Coronavirus, 106 Kematian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd