• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penyerang Pemandu Bas Sudah Ditahan Polis Johor

oleh
26/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang video mereka menyerang seorang pemandu bas pelancong di Gelang Patah, Johor viral menerusi media sosial hari ini, sebenarnya sudah ditahan polis sejak petang semalam.

Dalam kejadian itu, seorang daripada suspek dirakam memukul, menumbuk dan menendang pemandu bas berkenaan berulang kali, walaupun mangsa berulang kali merayu supaya mereka tidak meneruskan perbuatan itu.

Serangan terbabit dipercayai dirakam seorang penumpang, selepas bas berkenaan terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda dinaiki dua lelaki itu itu di persimpangan lampu isyarat Jalan Gelang Patah-Pendas.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din, berkata kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 1.45 petang semalam, selepas mangsa terbabit dalam kemalangan dengan pacuan empat roda dinaiki dua suspek berusia 34 dan 38 tahun terbabit.

“Akibat dari pelanggaran itu, mangsa kemudian keluar dari bas untuk melihat keadaan kenderaan suspek sebelum dia secara tiba-tiba dipukul dan ditumbuk oleh seorang daripada dua lelaki berkenaan sehingga berterusan ke dalam bas.

“Selain membelasah mangsa hingga menyebabkan kecederaan pada kepala dan tangannya, suspek turut dikesan merosakkan peralatan dalam bas sebelum kejadian itu dileraikan orang awam yang berada di lokasi,” katanya kepada BH sebentar tadi.

Kamarudin berkata, sebuah kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengarahkan mangsa dan dua lelaki terbabit membuat laporan di Balai Polis Trafik berhampiran.

“Ketika di pejabat pertanyaan Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, seorang daripada suspek didapati berkelakuan tidak senonoh dan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman, selain turut menghempas kerusi.

“Pada masa sama, kedua-dua mereka juga turut bertindak agresif sehingga memaksa pihak polis menggunakan kekerasan minimum bagi untuk melakukan tangkapan,” katanya.

Katanya, tindakan agresif dua suspek berkenaan tidak berakhir di situ, malah mereka kemudian menyerang dan memukul anggota pengawal lokap hingga berlaku pergelutan.

Kamarudin berkata, susulan kejadian itu, polis menahan reman dua suspek berkenaan yang kini disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan ke atas penjawat awam; Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis; dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 323 kanun sama kerana menyebabkan kecederaan. – BH Online

Tags: Polis Johorserang pemandu basvideo viral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Waytha Malukan Malaysia Dalam Sesi Dialog Di UK?

Next Post

Pemimpin Hamas Tolak Perjanjian Abad Ini

Related Posts

Polis siasat rakaman video ugut polis dalam ceramah politik

28/02/2022
0

BATU PAHAT: Polis Johor mengesahkan pihaknya kini menyiasat satu rakaman video ceramah parti politik yang tular di media sosial, memaparkan...

Palsu Dokumen Babitkan TMJ: Dua Beranak Diburu

21/10/2021
0

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang memburu dua beranak susulan dipercayai berkaitan dengan pemalsuan dokumen membabitkan Tunku Mahkota Johor, Tunku...

Next Post

Pemimpin Hamas Tolak Perjanjian Abad Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd