• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Kanak-Kanak Dijangkiti Virus Polio Di Sabah

oleh
10/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lagi kanak-kanak disahkan dijangkiti virus polio, pesakit kedua dan ketiga direkodkan di Sabah selepas seorang bayi lelaki berusia 3 bulan dari Tuaran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 2 kanak-kanak lelaki itu yang masing-masing berusia 8 dan 11 tahun merupakan warganegara asing.

“Kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun yang menetap di Sandakan tidak pernah menerima sebarang imunisasi. Pada 9 Disember 2019, dia mengalami demam dan 3 hari kemudian tidak boleh berjalan.

“Seorang lagi kanak-kanak menetap di Kinabatangan juga tidak pernah mendapat sebarang imunisasi mengalami demam pada 17 November 2019 dan mendapatkan rawatan di klinik.

“Pada 1 Disember, dia dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit pada bahagian belakang dan tidak boleh berjalan. Pesakit kini boleh berjalan dengan bertongkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua pesakit masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Noor Hisham berkata, ujian makmal World Health Organization Polio Regional Reference Laboratory (WHO Polio RRL) di Melbourne, Australia mendapati virus polio yang menjangkiti ketiga-tiga pesakit itu mempunyai perkaitan genetik dengan kes polio di Filipina.

Katanya, siasatan rapi telah dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan kedua-dua kes baru ini sebaik sahaja ia dikenal pasti sebagai survelan “acute flaccid paralysis” (AFP).

Sehingga kini, seramai 705 penduduk di kawasan tempat tinggal kedua-dua kanak-kanak itu diperiksa dan tiada kes AFP lain yang dikesan.

“Seramai 65 kanak-kanak didapati cicir imunisasi polio dalam kawasan tempat tinggal kes terbabit dan telah diberi suntikan vaksin polio menggunakan vaksin kombinasi 5 serangkai (DTaP-IPV//HiB),” katanya.

Beliau berkata, aktiviti kawalan wabak polio di seluruh Sabah juga sedang giat dilaksanakan, manakala Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS 2019/2020) yang menyasarkan semua kanak-kanak berumur bawah 5 tahun di Sabah juga telah dimulakan pada 27 Disember lepas.

Kementerian Kesihatan menyeru penduduk Sabah, terutama ibu bapa supaya memberi perhatian khusus dalam beberapa perkara, termasuk memastikan anak-anak berumur bawah 5 tahun menerima 2 dos vaksin polio secara titis (OPV) semasa kempen itu dijalankan.

Selain itu mereka perlu meneruskan imunisasi rutin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan mengikut jadual yang ditetapkan, menjaga kebersihan diri, termasuk mandi menggunakan air terawat, mencuci tangan selepas ke tandas dan sebelum makan serta sebelum menyediakan makanan untuk kanak-kanak.

Beliau turut mengingatkan masyarakat untuk segera mendapatkan rawatan awal di klinik atau hospital berdekatan sekiranya terdapat tanda-tanda dan gejala penyakit polio, sentiasa mengambil langkah pencegahan yang disarankan Kementerian Kesihatan, serta sentiasa memberikan kerjasama dalam semua aktiviti yang dilaksanakan.

Tags: kanak-kanakSabahvirus polio
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Warga AS Diarah Keluar Dari Sabah

Next Post

4 Maut Dirempuh Ketika Berhenti Di Tepi Jalan

Related Posts

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

05/05/2025
0

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan...

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Next Post

4 Maut Dirempuh Ketika Berhenti Di Tepi Jalan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd