• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kes Jangkitan Influenza A Dikesan Di Cyberjaya, Klang

oleh
10/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat dua kes jangkitan Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang semalam.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, kes pertama positif Influenza A adalah di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya melibatkan 20 pelajar dan seorang guru yang mengalami demam, batuk dan selesema.

Beliau berkata, hanya satu kes dikesan di Klang melibatkan dua beradik dalam satu keluarga.

“Sehingga kini, pelajar dan guru itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Namun seorang pelajar lelaki dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta namun dilaporkan stabil.

“Di Klang, seorang pesakit masih dirawat di hospital namun stabil dan seorang lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan pulang ke rumah. Siasatan lanjut mendapati, jangkitan di kedua-dua kawasan tersebut tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Dr Sha’ari berkata, kes jangkitan penyakit itu adalah terkawal dan tiada penutupan sekolah dilakukan di Selangor akibat Influenza A.

Beliau menjelaskan jangkitan virus influenza bermusim hanya mengakibatkan demam selesema yang ringan pada individu biasa namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi antaranya kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah.

Tags: cyberjayaGuru sekolahinfluenza Aklangpelajar sekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Pendakwaan Kes Video Seks Gay Melucukan

Next Post

Barat Dakwa Peluru Berpandu Iran Bedil Pesawat Ukraine

Related Posts

“Selepas Kehilangan Anak Saudara, Kami Hilang Lagi Seorang Saudara’ – Keluarga Mangsa Bunuh Di Cyberjaya

“Selepas Kehilangan Anak Saudara, Kami Hilang Lagi Seorang Saudara’ – Keluarga Mangsa Bunuh Di Cyberjaya

27/06/2025
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak tahu bagaimana nak respons, kami dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi saudara pagi ini," kata Datuk Rajpal...

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

26/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, dengan majoriti warganet mempersoalkan...

Next Post

Barat Dakwa Peluru Berpandu Iran Bedil Pesawat Ukraine

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd