• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid, Isteri Miliki 20 Kenderaan Peribadi

oleh
03/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – BMW 320i (A), Audi Q7 dan Mercedes Benz CLS 350 antara 18 kenderaan mewah yang dimiliki bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya, Hamidah Khamis yang kebanyakannya menggunakan nombor pendaftaran 38.

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu pasangan itu memiliki 20 kenderaan keseluruhannya, termasuk 8 kereta lain seperti 3 Toyota Vellfire, Lexus LX 460, Lexus, Toyota Land Cruiser, Honda Odyssey dan Chrysler Jeep Wrangler.

Mereka turut memiliki 2 motosikal jenis Harley Davidson, 2 Ducati, 3 BMW, masing-masing sebuah Kawasaki serta Honda C100.

Perkara itu didedahkan Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zaharudin Zainuddin, 48, ketika merujuk dokumen maklumat kenderaan milik Zahid dan isterinya yang membayar cukai jalan sebanyak RM35,726.80 setahun.

“Saya merujuk dokumen maklumat kenderaan SAB 38 M (Lexus) dan saya mengesahkan nilai cukai jalan yang dikenakan ke atas kenderaan tersebut ialah RM5,900.80.

“Saya merujuk dokumen maklumat kenderaan SAB 38 A (Toyota Land Cruiser) dan saya mengesahkan nilai cukai jalan yang dikenakan ke atas kenderaan tersebut ialah RM4,366.80,” kata saksi pendakwaan ke-10 itu.

Saksi itu juga membaca satu persatu maklumat terperinci kenderaan dan insurans 19 kenderaan yang didaftarkan atas nama Zahid dan isterinya, manakala sebuah lagi kenderaan didaftarkan atas nama Juhari Janan yang ketika itu ialah pegawai khas Zahid.

Zaharudin berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksi dalam pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt pada hari keenam perbicaraan kes Zahid yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akal Budi berjumlah jutaan ringgit.

Semasa ditanya Lee adakah kenderaan yang dirujuk itu milik persendirian, Zaharudin menjawab: “Ya.”

Lee: Bagi dokuman maklumat terperinci kenderaan dan insurans yang kamu rujuk, adakah ia maklumat yang sudah dikemas kini sehingga hari siasatan?

Zaharudin: Ya

Zahid, 66, menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, 8 rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akal Budi.

Perbicaraan di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Tags: Ahmad Zahid Hamidikenderaan mewah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd