• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Antarabangsa Digesa Utamakan Produk Muslim

oleh
20/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menggesa umat Islam antarabangsa bersatu dengan membeli produk yang dihasilkan kalangan mereka bagi mengurangkan kebergantungan dengan negara barat.

Beliau berkata gesaan itu bukan seruan untuk memboikot perkhidmatan orang lain tetapi menasihati umat Islam melihat keadaan ummah.

“Apabila meminta umat Islam tolong ekonomi mereka, ada yang marah dengan mengatakan kita rasis.

“Kita tidak suruh boikot perkhidmatan orang lain. Kita mungkin ada keupayaan membeli yang baik tetapi ada juga negara Islam yang lemah dalam perniagaan,” katanya ketika berucap sebagai ahli panel di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 dalam segmen ekonomi bersama ahli panel lain seperti Menteri Hal Ekonomi, Mohamed Amzin Ali.

Asri berkata umat Islam ramai di dalam dunia ini dan mereka akan membantu jika bersatu membeli produk Islam.

Beliau berkata tumpuan Islam gagal berikutan tidak mengeluarkan makanan halal yang secukupnya.

“Masalah keselamatan makanan perlu dibaiki, kita bukan sahaja jadi pengguna tetapi jadi pengeluar juga.

“Ini mesti jadi tanggungjawab kita dalam perbelanjaan yang mesti kita promosikan agar dapat berkongsi pengagihan kekayaan.”

Asri juga berkata kebanyakan negara Islam menjadi boneka yang dikawal negara barat.

“Walaupun ada negara Muslim yang kaya minyak dan gas, tetapi sentiasa gagal jadi blok perdagangan kuat untuk satu dunia Muslim.

“Ini kenyataan sedih dan negara Muslim termasuk negara Arab jangan tunduk kepada negara Barat. Kehormatan kita tercalar dan jadi hamba abdi secara ekonomi,” katanya. – FMT

Tags: Mohd Asri Zainul Abidinproduk muslimumat Islam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Sekeluarga Maut Kereta Rempuh Lori

Next Post

Agong, Permaisuri Adakan Lawatan Rasmi Di Pulau Pinang

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

Next Post

Agong, Permaisuri Adakan Lawatan Rasmi Di Pulau Pinang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd