• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Transaksi RFID Di 10 Plaza Tol Sistem Terbuka PLUS

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Transaksi tol menerusi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) Touch ‘n Go akan dilaksanakan di 10 plaza tol sistem terbuka di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd. (PLUS), mulai Rabu ini.

Pendekatan bagi memberikan lebih pilihan kepada pelanggan untuk membuat pembayaran itu akan dibuka kepada semua kereta persendirian, kelas 1 iaitu kenderaan ringan dengan dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi.

Sepuluh plaza tol sistem terbuka, iaitu penetapan kadar tol berdasarkan kelas kenderaan tanpa mengira jarak perjalanan yang terbabit adalah Jitra, Lebuhraya Utara-Selatan, Lunas (Lebuhraya Butterworth-Kulim), Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim), Jambatan Pulau Pinang, Mambau (Lebuhraya Seremban-Port Dickson) dan Lukut (Lebuhraya Seremban-Port Dickson).

Turut tersenarai ialah Kempas (Lebuhraya Utara-Selatan), Perling (Lebuh raya Linkedua), Lima Kedai (Lebuh raya Linkedua) dan Tanjung Kupang (Lebuh raya Linkedua).

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, berkata penggunaan pelekat khas dengan cip RFID yang ditampal pada kenderaan dan dihubungkan kepada aplikasi Touch ‘n Go eWallet ialah pilihan pembayaran terkini, sekali gus memudahkan pengguna lebuh raya untuk menambah nilai secara dalam talian.

“Pada masa sama, lebih banyak pilihan pembayaran sedang dibangunkan sama ada menerusi kad debit atau kredit, serta lain-lain eWallet.

“Pelanggan lebuh raya bakal mempunyai lebih banyak pilihan untuk menukar mod pembayaran apabila kemudahan ini tersedia dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, kaedah pembayaran tol sedia ada iaitu melalui kad Touch ‘n Go atau SmartTAG masih diterima seperti biasa di lebuh raya PLUS,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas perancangan masa depan, Zakaria berkata, transaksi menggunakan teknologi RFID Touch ‘n Go di 83 plaza tol sistem tertutup di lebuh raya kendalian PLUS akan dilaksanakan pada 1 April, tahun depan.

Beliau turut memaklumkan bahawa sistem RFID di plaza tol Bangunan Sultan Iskandar, Tambak Johor hanya boleh digunakan untuk caj jalan bagi kenderaan Singapura.

Sementara itu, Pengarah Urusan Konsortium Lebuhraya Utara Timur Sdn. Bhd. (KESTURI), Tan Sri Lim Keng Cheng, berkata 23 lorong RFID di semua plaza tol Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) kini bersedia untuk beroperasi.

Tags: plaza tolPLUSRFIDTouch 'n Go
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd