• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Mampu Bayar Hibah Lebih Tinggi Tahun Ini

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) yang mencatatkan prestasi kewangan yang amat positif pada suku ketiga kali ini akan dapat mengumumkan hibah yang lebih baik (dividen) bagi 2019, kata seorang ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, selain itu, ia juga mendapat pengukuhan daripada sokongan penyimpan dengan lebih 87,000 akaun simpanan yang baharu.

“Daripada beberapa sudut, ini mencerminkan peningkatan keyakinan di kalangan umat Islam Malaysia. Walaupun hibah boleh menjadi lebih baik pada tahun ini, pendeposit perlu menyedari prospek bagi pasaran kewangan adalah tidak menentu berikutan perang perdagangan yang berterusan.

“Oleh itu, mereka seharusnya menjangkakan kadar hibah yang bersesuaian memandangkan keadaan pasaran kewangan adalah masih tidak stabil,” katanya.

Mohd Afzanizam menyifatkan prestasi suku ketiga TH adalah baik dengan jumlah aset terus mengatasi tanggungan sebanyak RM2.3 bilion, lebih tinggi berbanding RM1 bilion pada 2018.

TH mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM500 juta pada suku ketiga 2019, meningkatkan keuntungan untuk tempoh sembilan bulan pertama kepada RM1.3 bilion.

Tabungan bagi jemaah haji itu dalam satu kenyataan, berkata hasil yang positif ini berpunca daripada langkah penjimatan kos yang berterusan yang dibuat oleh pasukan pengurusannya.

Ia mencatatkan pendapatan sebanyak RM900 juta pada suku yang sama, meningkatkan pendapatan untuk sembilan bulan pertama bagi 2019 kepada RM2.1 bilion.

TH berkata, dana ini dijana terutamanya daripada pelaburan aset pendapatan tetap (RM1.1 bilion), pelaburan hartanah (RM400 juta), pelaburan ekuiti (RM300 juta) serta pelaburan instrumen pasaran kewangan Islam (RM300 juta).

Tags: DividenhibahTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

23/04/2024
0

*Rencana dipetik dari sumber SuaraTV* Terdapat 200 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Sabah yang diwujudkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd