• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Umum 2 Pelantikan Pegawai Kanan Baharu

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan pelantikan Pengarah Bahagian Perisikan, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya sebagai Pengarah Bahagian Siasatan baharu berkuat kuasa 24 Disember lalu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Simi Abdul Ghani, 60, yang bersara wajib pada tarikh sama selepas berkhidmat selama 36 tahun bersama Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai SPRM bermula sebagai pegawai siasatan pada 1983.

Ahmad Khusairi, 52, yang memulakan kerjaya sebagai pegawai siasatan pada 1992 sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan serta Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Datuk Abd Aziz Aban, 55, pula dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perisikan bagi menggantikan Ahmad Khusairi berkuat kuasa tarikh sama.

Abd Aziz sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pengarah SPRM Kelantan dan Pengarah SPRM Pulau Pinang.

Tags: pegawai kananSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd