• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuasy Sumbang 2 Emas, Addeen Lakar Sejarah

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Sorakan penyokong tuan rumah yang bergema di Manila Polo Club sedikit pun tidak menjejaskan rentak cemerlang pemain negara Muhammad Addeen Idrakie Bakhtiar, untuk menggenggam pingat emas acara skuasy perseorangan lelaki Sukan SEA ke-30 pada Selasa.

Lebih manis, kejayaan yang dicapai semalam adalah pingat emas pertamanya, dalam acara perseorangan selepas meraih pingat perak di Singapura (2015).

Pemain berusia 25 tahun itu mengesahkan emas buat kontinjen Malaysia, selepas menewaskan pemain tuan rumah, Robert Garcia 3-1 dalam aksi final yang berlangsung sengit.

Muhammad Addeen bermula baik pada set pertama, apabila mencatat kemenangan 11-7, namun gagal mengekalkan kelebihan itu, selepas tunduk mudah 3-11 pada set kedua.

Pengalaman dimiliki pemain kelahiran Selangor itu digunakan sebaik mungkin, untuk bangkit dengan melakukan pukulan lebih kemas sebelum mengesahkan kemenangan bergaya 11-9 dan 11-5 pada set ketiga dan keempat.

Ditemui selepas perlawanan Muhammad Addeen berkata, kejayaan diraih itu amat bermakna dan menyifatkan segalanya sukar dilakukan tanpa sokongan ahli keluarga, jurulatih dan penyokong yang menjadi kekuatannya.

“Set kedua tiba-tiba tekanan datang, dengan penyokong yang ramai, mental saya agak terganggu. Lepas set kedua, jurulatih beritahu saya hanya fokus satu persatu mata dan abaikan faktor lain.

“Beliau juga percaya pada pengalaman saya dan saya ubah cara permainan sebelum mengesahkan kemenangan,” katanya.

Sementara itu, dalam aksi perseorangan wanita, Rachel Arnold tidak berhadapan masalah untuk menewaskan rakan senegara, Chan Yiwen dengan kemenangan 3-0.

Rachel yang merupakan juara perseorangan wanita ketika temasya edisi 2015 di Singapura, terdahulu diberi tentangan sengit pada awal permainan namun berjaya mengesahkan kemenangan 11-9 dalam set pertama.

Momentum itu kemudian berterusan pada set kedua dan ketiga apabila permainan bertenaga dipamer Rachel sukar disaingi lawannya, sekali gus mengesahkan kemenangan mutlak 11-7 dan 11-3.

Kejayaan diraih itu katanya menjadi pembakar semangat sebelum memulakan saingan dalam acara berpasukan 7 Disember ini.

“Saya gembira dengan kemenangan saya hari ini, ia satu perlawanan yang sukar menghadapi Chan Yiwen, dia sentiasa melawan dalam setiap perlawanan tapi saya gembira saya menang,” katanya.

Tags: Pingat EmasSkuasySukan SEA Ke-30
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tendangan Syafiq Pastikan Malaysia Raih Emas Ke-30

Tendangan Syafiq Pastikan Malaysia Raih Emas Ke-30

15/05/2023
0

PHNOM PENH – Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber mempamerkan prestasi ampuh pada final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan...

Chuan Leong Sumbangkan Pingat Emas Ke 29 Negara Di Sukan SEA Kemboja

Chuan Leong Sumbangkan Pingat Emas Ke 29 Negara Di Sukan SEA Kemboja

14/05/2023
0

PHNOM PENH : Selepas hampir dua hari lesu tanpa sebarang kilauan pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, kontinjen negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd