• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Penipuan: 152 Warga China Mengaku Salah

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seramai 152 warga China dan seorang Bangladesh yang ditahan dalam operasi khas Jabatan Imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan memasuki dan berada di negara ini secara haram serta tinggal melebihi masa.

Semua suspek mengaku salah selepas kertas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin dan bahasa Malaysia.

Hakim Tengku Sharizam Tuan Lah dalam penghakimannya memutuskan seramai 102 tertuduh yang memasuki dan berada di negara ini secara haram didenda RM5,000 atau gagal bayar, penjara lima bulan.

“Selebihnya, iaitu 50 orang yang tinggal lebih masa didenda RM15,000 atau lima bulan penjara.

“Seorang lagi yang tinggal lebih masa dipenjara lima bulan selepas memilih untuk dipenjarakan,” katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, seramai 102 suspek warga China berusia 29 hingga 34 tahun itu didakwa melakukan kesalahan dengan memasuki dan berada di negara ini tanpa pas yang sah.

Semua suspek didakwa mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, semua tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 dan tidak lebih enam sebatan.

Bagi kertas pertuduhan kedua, seramai 51 orang warga China dan seorang Bangladesh didakwa tinggal melebihi masa yang dibenarkan.

Semua suspek didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(4) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, semua tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Semua 153 tertuduh melakukan kesalahan di Malaysian House of Internet Sdn. Bhd. beralamat di Wisma Mustapha Kamal, Jalan Usahawan, Lingkaran Cyber Point Barat, Cyberjaya, dekat sini, pada 20 November lalu, antara jam 3 hingga 6.35 petang.

Pendakwaan diketuai Pegawai Pendakwa Imigresen, Kasthuri Bai Venugopal, Asrizal Azman, Rueben Raj, Fadzil Shahabudin dan Siti Rohany Hamdin.

Dalam prosiding yang memakan masa satu jam setengah yang bermula jam 8 pagi itu, semua suspek membabitkan 130 lelaki dan 23 wanita dibahagikan kepada enam kumpulan yang dituduh secara bergilir-gilir.

Jumaat lalu, BH melaporkan seramai 373 warga China yang ditahan dalam operasi khas imigresen didakwa di mahkamah yang sama dengan pertuduhan yang sama.

Bagaimanapun, seramai 321 daripadanya mengaku salah selepas kertas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Tengku Sharizam.

Bakinya seramai 52 orang tidak mengaku salah.

Tengku Sharizam dalam penghakimannya memutuskan seramai 290 tertuduh dipenjara selama empat bulan bermula tarikh ditahan dan 31 orang didenda RM5,000 sebelum diusir keluar segera.

“Seramai 52 orang yang tidak mengaku bersalah ditahan di Depoh Imigresen Bukit Jalil, dekat sini, sementara menunggu sebutan semula bagi semakan pasport pada 10 Januari tahun depan,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar membabitkan warga China selepas menahan 680 warganegara terbabit dalam serbuan di Cyberjaya, pada 20 November lalu.

Mereka yang berusia 19 hingga 35 tahun dipercayai menjalankan aktiviti scam (penipuan) secara dalam talian yang berpusat di China dan disyaki sudah beroperasi sejak enam bulan lalu. – BH Online

Tags: ImigresenSindiket PenipuanWarga China
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd