• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Kemuncak KL: Penyertaan Bukan Pengiktirafan Kerajaan

oleh
28/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyertaan mana-mana individu atau organisasi pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019 baru-baru, tidak semestinya mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata beliau telah menjelaskan inisiatif sidang kemuncak itu dan tujuannya kepada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Kerjasama Afrika dan Rakyat Afrika Di Luar Negeri Kerajaan Maghribi Nasser Bourita, yang berkaitan dengan penyertaan dua organisasi Maghribi.

“Saya mengadakan perbualan telefon dengan Nasser Bourita awal pagi ini mengenai penyertaan dua organisasi Maghribi, Attawhid wa Al Islah dan Al Adl wa Al Ihsan, pada Sidang Kemuncak KL baru-baru ini.

“Saya menjelaskan kepada beliau bahawa Sidang Kemuncak KL 2019 adalah inisiatif Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (NGO), dan semua jemputan kepada ulama dan wakil sektor swasta dan masyarakat awam, serta mesyuarat mereka dengan Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan pemimpin Malaysia yang lain telah kendalikan oleh NGO berkenaan,“ menurut kenyataan itu.

Beliau menjelaskan bahawa penyertaan dua organisasi Maghribi itu hanya terhad kepada input mereka mengenai isu-isu berkaitan dengan tujuh topik yang dibincangkan di Sidang Kemuncak KL 2019.

“Saya juga menyampaikan kepadanya bahawa Sidang Kemuncak KL 2019 telah diadakan dengan matlamat untuk menyediakan platform antarabangsa untuk dialog, persidangan pemimpin Islam, cendekiawan, sektor swasta dan masyarakat sivil untuk mencari penyelesaian yang didorong oleh tindakan kepada masalah yang dihadapi oleh ummah dan berusaha untuk memperbaiki keadaan dalam kalangan negara-negara Islam,“ katanya.

Beliau juga sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia terus menegakkan dasar selama ini yang tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara dan saling menghormati dalam hubungannya dengan negara lain yang berdaulat.

Tags: Saifuddin Abdullahsidang kemuncak KL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

NGO Cina Rasa Tertipu Mainan Politik DAP

Next Post

Tanpa Dialog Isu Tulisan Jawi Mungkin Ke Mahkamah

Related Posts

Sokongan Malaysia Kepada Palestin Tidak Pernah Berubah

30/11/2021
0

PUTRAJAYA : Israel digesa menamatkan keganasan, pencerobohan berulang, penindasan sistematik dan jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak....

Malaysia Teliti Perkembangan Sebelum Iktiraf Kerajaan Taliban

21/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengambil pendirian berhati-hati dan meneliti perkembangan semasa dengan mengambil kira pertimbangan tertentu, sebelum membuat keputusan mengiktiraf...

Next Post

Tanpa Dialog Isu Tulisan Jawi Mungkin Ke Mahkamah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd