• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Kemuncak KL Cari Penyelesaian Isu Dihadapi Dunia Islam

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019 yang diadakan minggu ini berobjektif untuk mengembalikan semula kegemilangan dunia Islam dan peradaban Islam.

Pengkritik mungkin meragui akan cita-cita murni itu, tetapi Perdana Menteri yang juga Pengerusi sidang kemuncak ini Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya bersedia untuk mengetengahkan seruan penyatuan untuk dunia Islam berjuang mendapatkan semula kegemilangan yang pernah dikecapi dahulu.

“Kita sentiasa mengimbas kembali betapa hebat, kaya dan berkuasanya peradaban Islam dahulu. Ia adalah satu bab dalam sejarah dan kita menginginkannya untuk kembali. Ia akan kekal menjadi satu keinginan melainkan kita melakukan sesuatu,” katanya dalam mesej di laman web acara itu, klsummit.my menjelang sidang kemuncak itu di ibu negara Malaysia.

Laluan di depan tidak mungkin mudah, melihat kepada keadaan semasa yang dunia Islam dan umat Islam sedang hadapi. Tetapi, sepertimana yang dikatakan perdana menteri, mereka perlu mulakannya.

Pemimpin berusia 94 tahun itu berkata cabaran dikaitkan dengan negara-negara Islam termasuk tadbir urus yang teruk, rasuah dan dilihat sebagai tempat latihan keganasan.

“Kita boleh terus melaungkan bahawa tanggapan seperti itu, terutamanya tempat latihan keganasan, sebagai propaganda anti-Islam yang tidak mempunyai perasaan.

“Kita tahu bahawa ia benar tetapi kelemahan dan perpecahan kita telah memberi kepercayaan kepada propaganda ini,” kata Dr. Mahathir.

Pelbagai konflik melibatkan negara Islam juga tidak terlepas daripada pengamatan Perdana Menteri Malaysia itu.

“Kita mengisytiharkan bahawa semua umat Islam adalah bersaudara tetapi negara kita terlibat dengan perang saudara yang tidak berkesudahan, perang mazhab, perang dengan negara jiran Islam dan mengundang negara bukan Islam untuk membantu kita dalam peperangan dengan sesama Islam,” katanya.

Di samping itu, beliau berkata, umat Islam akhirnya terdampar di negara-negara yang dikuasai oleh agama lain, dengan nasib mereka bergantung kepada belas kasihan negara berkenaan. 

Sidang Kemuncak KL yang berlangsung pada Rabu hingga Sabtu ini, tercetus daripada situasi ini kerana Dr. Mahathir menegaskan bahawa sidang kemuncak ini bersungguh-sungguh mahu menyumbang ke arah memperbaiki keadaan hal ehwal umat dan negara Islam.

Antara pemimpin Islam yang dijangka menyertai Dr. Mahathir pada sidang kemuncak yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini ialah Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan; Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Prosiding di Sidang Kemuncak KL itu membabitkan tujuh tema utama iaitu pembangunan dan kedaulatan; integriti dan tadbir urus baik; budaya dan identiti; keadilan dan kebebasan; keamanan, keselamatan dan pertahanan; perdagangan dan pelaburan; dan teknologi dan tadbir urus internet.

Pemimpin Islam bersama-sama para ilmuan, cendekiawan dan golongan pemikir akan berbincang dan mencari penyelesaian baharu dan boleh digunakan untuk menangani masalah yang membelenggu dunia Islam.

Dr. Mahathir menekankan perlunya inisiatif Sidang Kemuncak KL disokong oleh kerajaan-kerajaan Islam agar ia membuahkan hasil.

“Tidak kira betapa banyak idea yang cemerlang dihasilkan menerusi sidang kemuncak ini, tanpa sokongan pemimpin dan kerajaan negara Islam, idea ini akan tetap menjadi idea.

“Adalah menjadi harapan saya bahawa peserta Sidang Kemuncak KL akan mengambil cabaran ini untuk memastikan semua deklarasi dan keputusan kita menjadi realiti,” kata perdana menteri.

Upacara perasmian Sidang Kemuncak KL pada Khamis ini dijangka disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sidang kemuncak ini akan didahului oleh Sidang Kemuncak Belia KL yang diadakan Selasa dan Rabu.

Tags: dunia islamperadaban islamsidang kemuncak KL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPM Tidak Bercadang Hapus Hutang PTPTN 50%

Next Post

Mayat Wanita Myanmar Dengan Pisau Terpacak Di Leher

Related Posts

Arab Saudi Lancar Kempen Burukkan Sidang Kemuncak KL

02/03/2020
0

PETALING JAYA - Kerajaan Arab Saudi melancarkan kempen media untuk memburukkan Sidang Kemuncak KL pada Disember lalu yang dihadiri pemimpin...

Sidang Kemuncak KL: Penyertaan Bukan Pengiktirafan Kerajaan

28/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyertaan mana-mana individu atau organisasi pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019 baru-baru, tidak semestinya mendapat pengiktirafan...

Next Post

Mayat Wanita Myanmar Dengan Pisau Terpacak Di Leher

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd