• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafee Mahu Pakar Australia Sahkan Tandatangan, Tulisan

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak bagi perbicaraan SRC International mahu memanggil pakar asing bagi menentukan ketulenan tandatangan dan tulisan barang-barang kes tertentu.

Peguam, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini pakar akan tiba dari Australia pada Rabu.

Beliau mencadangkan pakar itu menjalankan pemeriksaan barang kes disaksikan kakitangan mahkamah dan pasukan pendakwaan.

“Barang-barang kes itu tidak akan diganggu. Selepas pakar periksa barang-barang kes, dia akan pulang dan sediakan laporannya,” kata Shafee.

Bagaimanapun, pendakwa raya ad hoc, V Sithambaran membantah permintaan pasukan pembelaan itu, mengatakan pendakwaan mungkin akan diprejudiskan.

“Saya mahu pertikaikan perkara ini secara rasmi, dan mereka harus buat satu permohonan rasmi dan kemukakan satu afidavit untuk kami jawab,” katanya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali meminta pasukan pembelaan membuat satu permohonan rasmi untuk pertimbangannya.

Seorang lagi peguam Najib, Harvinderjit Singh kemudian berkata mereka akan membuat permohonan itu minggu ini.

Terdahulu, Najib beritahu mahkamah tiada keterangan dokumen atau testimoni saksi menunjukkan beliau menggelapkan dan mengarahkan pemindahan dana SRC International ke akaun banknya.

“Tiada pun keterangan dikemukakan di mahkamah menunjukkan saya minta sebarang suapan semasa pengeluaran jaminan kerajaan kepada SRC,” katanya dalam testimoni.

Ketika disoal peguamnya, Wan Aizuddin Wan Mohammad kerana beliau tidak membuat laporan polis selepas muncul berita mengenai dakwaan pemindahan RM42 juta dana SRC International, beliau tidak berbuat demikian atau membuat sebarang kenyataan kerana tidak mahu dilihat mengganggu pihak berkuasa.

“Pada 2016, peguam negara tampil berkata tiada keterangan yang mengaitkan saya dengan sebarang salah laku. Itu yang saya pegang hingga hari ini,” katanya.

Aizuddin berkata pasukan pembelaan akan memanggil bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali untuk memberi keterangan mengenai mengenai kenyataan medianya bahawa tiada keterangan dalam siasatan pihak berkuasa yang menunjukkan Najib menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

Najib juga berkata setiausaha peribadinya sebelum ini, Azlin Alias mungkin diperdaya ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho dan ketua pegawai eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil berhubung isu berkaitan akaun banknya.

“Dakwaan oleh seorang saksi (bekas CEO Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling) bahawa Azlin mengarahnya memindahkan dana daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd. ke akaunnya adalah tidak berasas dan semasa perbicaraan didedahkan dia rakan Low,” katanya.

Najib berdepan 6 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah dalam penyaluran RM42 juta ke akaunnya daripada SRC International, bekas unit 1MDB.

Beliau juga dituduh menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan.

Perbicaraan di hadapan Nazlan bersambung esok.

Tags: Najib Tun RazakShafee AbdullahSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd