• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setahun Pemergian Adib, Keluarga Harap Kebenaran Terus Dicari

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Keluarga Pegawai Bomba (PB) Muhammad Adib Mohd Kassim terus mengharapkan kebenaran di sebalik punca kematian dapat dicari dan terbongkar meskipun hari ini genap setahun pemergian Allahyarham.

Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, mereka sekeluarga juga berharap kerajaan dan polis dapat membawa pesalah yang menyebabkan kematian anaknya ke muka pengadilan serta dijatuhkan hukuman setimpal.

“Keputusan inkues pun masih baru (diumumkan 27 September 2019) dan kami tidak dapat nak ulas apa-apa sangat setakat ini. Kita beri masa kepada polis untuk buat siasatan, cari dan tangkap (mereka yang menyebabkan kematian Muhammad Adib).

“Kita tengok macam mana nanti. Tapi kita mengharapkan supaya polis bersungguhlah dalam menjalankan siasatan ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah hari ini.

Mohd Kassim berkata, dia sekeluarga sentiasa menunggu dan memerhati setiap tindakan dilakukan pihak berkuasa dalam mengendalikan kes tersebut serta berharap siasatan secara telus dapat dilakukan.

Semalam, media melaporkan polis sedang mengesan sembilan saksi bagi membantu kes kematian Allahyarham Muhammad Adib.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed berkata, individu berkenaan diminta tampil bagi membantu pihak polis menyiasat kes berkenaan.

Menurutnya, sembilan saksi tersebut bukan suspek tetapi dipercayai berada di sekitar kawasan berkenaan ketika kejadian berlaku.

Pada 27 September lalu, Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya. – Sinar Harian

Tags: Muhammad AdibPegawai BombaRusuhan Kuil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Meeriam Mahu Campur Tangan Kes Vell Paari Saman Samy Vellu

Next Post

China Tuduh Malaysia Langgar Hak Di Laut China Selatan

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post

China Tuduh Malaysia Langgar Hak Di Laut China Selatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd