Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Sindiket Didalangi Warga Bangladesh...

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket pemalsuan pasport dan pelbagai dokumen didalangi...

AirAsia Menang Anugerah Dunia...

PARIS - Kumpulan AirAsia sekali lagi dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik...

3 Lori Bawa Misi...

BENTONG - Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal,...

Jumlah Pemilih Keluar Mengundi...

LUNDU - Walaupun keadaan cuaca kurang memuaskan, jumlah pemilih yang keluar mengundi bagi...

Serah Semula Butiran Tawaran Ambil Alih PLUS

KUALA LUMPUR – Kerajaan meminta maklumat terperinci berhubung tawaran pengambilalihan syarikat konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd. dikemukakan sekali lagi oleh pihak berminat, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Beliau berkata, Dr. Mahathir Mohamad mahu semua maklumat itu disemak semula sebelum kerajaan membuat keputusan.

“Tetapi, tiada tempoh masa ditetapkan,” katanya pada majlis makan malam dan perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) kali pertama malam tadi.

Setakat ini, katanya, kerajaan menerima 5 tawaran untuk mengambil alih konsesi lebuh raya PLUS.

Sebelum ini, Putrajaya dilapor mengesahkan penerimaan 4 tawaran rasmi daripada pihak berminat untuk mengambil alih PLUS, iaitu Widad Group Bhd, Maju Holdings Sdn Bhd, RRJ Capital dan ahli perniagaan Halim Saad.

Selain itu, Kementerian Kewangan turut dilaporkan berminat mengambil alih pegangan Khazanah dalam PLUS untuk mengelakkan aset penting itu jatuh ke tangan syarikat swasta.

Kategori