• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SD Azilah: Puluhan Individu Akan Dipanggil Beri Keterangan

oleh
23/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Puluhan individu akan dipanggil membantu siasatan terhadap akuan bersumpah (SD) bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri yang mendakwa menerima arahan membunuh Altantuya Shaariibuu daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata saksi dan individu terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat dan siasatan berhubung SD berkenaan sedang berjalan.

“Beberapa saksi, individu disenaraikan untuk dipanggil bagi merakam kenyataan. Kami akan melaksanakan tindakan jika ada arahan spesifik daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi serta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Bukit Aman, di sini hari ini.

Pada 16 Disember lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis perlu membuat pengesahan terhadap SD itu sebelum mengambil tindakan.

Azilah yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati di penjara Kajang menuduh Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Razak Baginda mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia itu selepas meyakinkannya bahawa wanita berkenaan ialah perisik asing yang mengancam keselamatan negara.

SD itu difailkan bersama dengan afidavitnya untuk mengkaji semula keputusan Mahkamah Persekutuan dan memohon perbicaraan semula.

Najib pada Jumaat lalu melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru bagi menafikan pembabitannya dalam kes pembunuhan Altantunya.

Tags: altantuya shaariibuuazilah hadkes bunuhNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd